Page 66 - BUKU PENGURUSAN SK SERI ISKANDAR 2022/2023
P. 66
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi ucapan kesyukuran saya rafakkan kehadrat Allah S.W.T
kerana dengan limpah kurnianNya, kita warga pendidik SKSI masih diberi peluang dan
kesempatan untuk terus bekerja menabur bakti, menyumbang idea dan tenaga untuk
meneruskan kecemerlangan Pendidikan negara. Walaupun kita diuji dengan pandemik Covid-
19 sehingga kini, namun kita yakin kita mampu untuk terus melahirkan anak-anak yang berjaya
dengan usaha dan kerja keras kita bersama.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua warga SKSI kerana telah
bertungkus-lumus dan berpenat Lelah melaksanakan tugas yang diamanahkan untuk sesi
persekolahan 2021 terutama sekali dalam bidang Kurikukum. Bekerja dalam norma baharu
sememangnya satu cabaran yang besar buat kita semua. Namun begitu, budaya kerja
cemerlang dan kerja berpasukan untuk terus cemerlang dalam tugas masing-masing telah
meningkatkan imej SK Seri Iskandar. Tahniah buat semua warga SKSI. Semoga kejayaan demi
kejayaan akan terus menjadi milik kita bersama.
Akhir kata, semoga sesi persekolahan tahun ini , SK Seri Iskandar akan dapat mencapai
prestasi yang membanggakan dan melakar kejayaan yang gemilang dalam semua bidang
sama ada akademik, kokurikulum, sahsiah dan juga disiplin.
Tidak kira apa pun cabaran dan transformasi yang akan dating, kita harus berfikiran
positif dan menerima dengan minda yang terbuka. Teruskan tekad, gandakan usaha untuk
tahun 2022 dengan harapan SK Seri Iskandar akan terus cemerlang dalam semua aspek sejajar
dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Terima kasih dan Selamat Menjalankan Tugas.
PN NORANI BINTI MAT HUSSIN
Penolong Kanan Kurikulum
SK Seri Iskandar
SKSI SMART

