Page 35 - Buku Soalan Tutorial Kursus Pengurusan Perniagaan AP015 Sesi 2021/2022
P. 35

BAB    7





                    iv.   Anda ingin membuat pembayaran sebanyak RM 100 di akhir setiap tahun bermula
                          daripada tahun pertama hingga tahun ke lima. Berapakah yang anda perlu simpan
                          hari ini di bank dengan kadar faedah 10% bagi tujuan tersebut.
                                                                                               [4 markah]

                     v.   Arissa ingin menyimpan sebanyak RM 250 hari ini supaya pada hujung tahun ke
                          lapan nanti jumlah simpanannya menjadi RM 369.36. Berapakah kadar faedah yang
                          dibayar ke atas simpanannya?.
                                                                                               [4 markah]


               5.  Andaikan sekarang adalah 1 Januari 2017, Pada 1 Januari 2018 anda telah mendepositkan
                   RM1 000 ke dalam akaun simpanan yang memberikan 8% kadar faedah. Lakarkan garis
                   masa bagi membantu penyelesaian masalah berikut:

                       a.  Jika bank mengkompaunkan kadar faedah secara tahunan, berapa ringgitkah yang
                          anda akan dapat pada Januari 1, 2021?
                                                                                               [3 markah]

                       b.  Berapakah jumlah wang dalam simpanan anda pada Januari 1, 2021 sekiranya bank
                          memberikan kadar faedah secara suku tahunan.
                                                                                               [3 markah]

                       c.  Sekiranya anda telah mendepositkan RM1,000 tadi dalam dalam 4 kali bayaran iaitu
                          RM250.00  setiap  bayaran  pada  Januari  1,  2018,  2019,  2020  dan  2021,  Berapa
                          ringgitkah  yang  akan  ada  dalam  akaun  pada  Januari  1,  2017  berdasarkan
                          pengkompaunan tahunan sebanyak 8 %.
                                                                                               [3 markah]


               6.
                       a.  Serina melabur RM850 setiap tahun selama 8 tahun dengan kadar faedah tahunan
                          sebanyak  6  %.  Kirakan  jumlah  yang  terkumpul  yang  diperolehi  Serina  dari
                          pelaburan tersebut.
                                                                                               [3 markah]


                       b.  Syarikat  Radix  Berhad  menerbitkan  saham  keutamaan  yang  akan  membayar
                          dividen  tahunan  sebanyak  RM250  selama-lamanya.  Jika  kadar  pulangan  yang
                          dikehendaki  oleh  pelabur  ialah  12%,  tentukan  harga  yang  akan  dibayar  untuk
                          membeli saham tersebut pada hari ini.
                                                                                               [3 markah]


                       c.  Qaseh Ramadhan menerima biasiswa sebanyak RM500 setiap awal tahun mulai 1
                          Januari 2005. Walau bagaimanapun pada tahun 2011, beliau mendapat pembayaran
                          biasiswa  itu  pada  hujung  tahun.  Sekiranya  kadar  diskaun  ialah  8%,  berapakah
                          amaun nilai kini bagi kesemua wang yang diperolehinya.

                                                                                               [4 markah]





                                                                                              PP.KMS | AP015 2021/2022
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40