Page 36 - Buku Soalan Tutorial Kursus Pengurusan Perniagaan AP015 Sesi 2021/2022
P. 36
BAB 7
7. Syarikat Fire Liner Sdn. Bhd. telah meminjam RM10 000 daripada Bank Islamik Berhad
untuk tempoh selama 4 tahun. Pihak bank akan menetapkan agar bayaran balik dibuat
secara ansuran tahunan dengan dikenakan kadar faedah sebanyak 8 % setahun. Berdasarkan
maklumat di atas,
a. Kira bayaran ansuran setiap tahun.
[3 markah]
b. Sediakan jadual pelunasan pinjaman di atas.
[7 markah]
8.
a. Cik Aleesa teleh meminjam wang sebanyak RM10 000 dari kawannya dan
berjanji akan membayar balik sebanyak RM11 037.53 pada akhir tahun ke lima.
Berapakah kadar faedah yang dikenakan?
[2 markah]
b. Puan Marissa telah mendepositkan sejumlah RM1 500 ke dalam akaun simpanan
tetap di Affin Bank Berhad pada 1 Januari 2012. Pihak Bank menawarkan kadar
faedah tahunan sebanyak 8% ke atas simpanannya sekiranya beliau memilih untuk
menyimpan selama 4 tahun. Berapakah jumlah wang Puan Marissa pada
penghujung tahun 2015.
[2 markah]
c. Encik Malique menjalankan perniagaan membaiki motosikal di sebuah kampung.
Hasil daripada pelaburan beliau di dalam perniagaan tersebut, beliau menjangka
akan memperolehi pendapatan bulanan pada setiap penghujung bulan sebagaimana
yang ditunjukkan dalam jadual berikut. Sekiranya kadar diskaun ditetapkan pada
kadar 6%, berapakah jumlah pendapatan yang diperolehi sekiranya dia ingin
memperolehinya pada masa sekarang. Sertakan garis masa .
[6 markah]
9. Syarikat Gemilang Sdn Bhd sedang mempertimbangkan cadangan untuk melaburkan
sejumlah wang sebanyak RM15 000 ke dalam akaun pelaburan di sebuah bank tempatan
untuk tempoh 5 tahun. Pihak bank menawarkan tiga bentuk pembayaran kadar faedah
kepada pihak syarikat seperti berikut:
a. Bayaran faedah 8% sekali setahun.
b. Bayaran faedah 8 % setahun dengan dua kali bayaran.
c. Bayaran faedah 8 % setahun dengan empat kali bayaran.
PP.KMS | AP015 2021/2022

