Page 37 - Buku Soalan Tutorial Kursus Pengurusan Perniagaan AP015 Sesi 2021/2022
P. 37

BAB    7





                       d.  Kenalpasti  bentuk  pembayaran  faedah  yang  manakah  paling  menguntungkan
                          Syarikat Gemilang Sdn. Bhd.
                                                                                                  [10 markah]

               10. Syarikat Makanan Sejuk Beku Halalan Toyiiba Sdn Bhd telah meminjam RM45 000 pada
                   1  Januari  2010  dan  menyimpan  dalam  akaun  simpanan  tetap  yang  membayar  faedah
                   sebanyak tujuh peratus setahun selama 4 tahun.

                       i)     Lakarkan garis masa                                              [2 markah]

                       ii)    Hitung nilai masa hadapan (FV)                                   [3 markah]


               11. Iman Amani menyimpan RM1 500 setiap 6 bulan selama 4 tahun dalam akaun pelaburan
                   yang memberikan pulangan sebanyak 12% setahun dikompounkan setiap semi tahunan.
                   Hitungkan jumlah simpanan yang terkumpul pada penghujung tempoh pelaburan beliau.
                                                                                               [3 markah]


               12. Rayyan Ezkandar memerlukan sebanyak RM 10 000 untuk menyara pengajian adiknya di
                   univeristi 3 tahun akan datang. Sekiranya wang tersebut disimpan di dalam Bank Islam
                   yang memberikan kadar pulangan sebanyak 5%, berapakah jumlah yang perlu disimpan
                   oleh beliau untuk membiayai pengajian adiknya itu.
                                                                                               [3 markah]


               13. Daniel  menerima  satu  aliran  tunai  setiap  tahun  selam  5  tahun  seperti  berikut;  Tahun
                   pertama RM1 000, Tahun ke-2 RM500, Tahun ke-3 RM2 000, Tahun ke-4 RM3 000 dan
                   Tahun ke-5 RM1 000. Berapakah jumlah wang beliau pada akhir tahun ke-5 jika kadar
                   pulangan ialah 5%.
                                                                                               [6 markah]



               14. Berapa  tahunkah  yang  diperlukan  bagi  pelaburan  permulaan  RM300  menjadi  RM774
                   dengan kadar faedah 9% dikompaun secara tahunan.
                                                                                               [3 markah]



               15. Pada kadar apakah RM100 dikompaunkan secara tahunan untuk menjadi RM179.10 dalam
                   tempoh 10 tahun.
                                                                                               [3 markah]










                                                                                              PP.KMS | AP015 2021/2022
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42