Page 41 - Buku Soalan Tutorial Kursus Pengurusan Perniagaan AP015 Sesi 2021/2022
P. 41

BAB     8






               7.  Butik  Zxera  menerima  tempahan  membuat  pelbagai  jenis  pakaian.  Bagi  memenuhi
                   permintaan  pelanggan  yang  begitu  menggalakkan,  pemilik  butik  ini  bercadang  untuk
                   membeli mesin jahit baru yang lebih produktif. Terdapat dua jenis mesin jahit yang hendak
                   dipertimbangkan di mana kedua-duanya mempunyai anggaran jangka hayat selama lima
                   tahun dan tiada nilai sisaan.  Pelaburan awal mesin A ialah RM 13 261 dan mesin B ialah
                   RM 10 500.

                                       Tahun                    Mesin A                  Mesin B

                                          1                      5 000                    3 000

                                          2                      4 500                    3 000


                                          3                      3 900                    3 000

                                          4                      3 300                    3 000

                                          5                      2 700                    3 000




                       Pemilik butik ini telah menetapkan kadar pulangan minimum sebanyak 12%. Anda
                       dikehendaki mengira untuk kedua-dua mesin:                                 [20 markah]



                       i.     Tempoh bayar balik terdiskaun

                       ii.    Nilai Kini Bersih

                       iii.   Indeks Keberuntungan.

                       iv.    Berdasarkan kaedah nilai kini bersih, mesin manakah patut dipilih oleh pemilik
                              Butik Zxera sekiranya projek bebas? Berikan alasan anda.






                                                    ~SOALAN TAMAT~







                                                                                              PP.KMS | AP015 2021/2022
   36   37   38   39   40   41   42   43