Page 3 - BUKU PROGRAM KONBAYU 2021
P. 3
KATA ALU-ALUAN
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (CEO) PADU
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya Konvensyen Bahasa Melayu (KONBAYU)
2021 yang bertemakan “Bersama-sama Memartabatkan Pendidikan Bahasa Melayu” dapat dilaksanakan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada warga Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM)
atas komitmen dan dedikasi dalam menganjurkan KONBAYU 2021. Tema “Bersama-sama Memartabatkan
Pendidikan Bahasa Melayu” amat bersesuaian dengan objektif utama KONBAYU 2021, iaitu menyediakan
landasan perkongsian ilmu dan perbincangan bagi ahli akademik, pakar pedagogi, pakar bahasa serta para
pendidik untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman dan amalan terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu. Melalui KONBAYU ini juga dihimpunkan pelbagai aktiviti untuk memperkasakan pendidikan
Bahasa Melayu di negara ini.
Penganjuran KONBAYU 2021 ini juga dapat menggalakkan budaya penyelidikan dan inovasi tentang bahasa
dan sastera Melayu kepada warga pendidik. Inovasi terhasil perlu disebarkan melalui platform bersesuaian
termasuk sosial media agar turut dimanfaatkan oleh orang lain, termasuk generasi muda dalam negara ini.
Akhir kata, diharapkan warga pendidik dapat bersama-sama menghayati serta melibatkan diri dalam pelbagai
konvensyen seumpama KONBAYU 2021 ini pada masa akan datang bagi menyumbangkan idea yang kreatif
dan inovatif dalam memartabatkan Bahasa Melayu. Sekalung tahniah sekali lagi kepada warga IPGKBM
atas kejayaan penganjuran KONBAYU 2021.
Sekian, Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan terima kasih.
EN. RADZIFUDDIN BIN NORDIN
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PADU
KONBAYU KONVENSYEN BAHASA MELAYU 2021 | 27 - 29 JULAI 2021 | IPG KAMPUS BAHASA MELAYU 1

