Page 68 - E-Book Coach & Mentoring
P. 68

L U K I S A N   K E J U R U T E R A A N                                                                                                                                                            P a g e  | 1



                   PRAKATA
                                                                                                                                                                       KANDUNGAN
                   Buku  lembaran  Praktis  lukisan  Kejuruteraan  ini  digubal  bagi  memenuhi  keperluan  pelajar-           BAB                 TAJUK                                                     M/S

                   pelajar  tiga  dan  empat  dan  lima  serta  pelajar  yang  mengikuti  bidang  Kejuruteraan  pada
                                                                                                                              1                    PENGENALAN                                                2
                   peringkat asas di institusi pengajian tinggi. Buku ini dihasilkan bertujuan membantu pelajar
                                                                                                                              2                    PENGENALAN ASAS LUKISAN                                   2
                   meningkatkan kemahiran serta menguasai teknik lukisan kejuruteraan dengan lebih mudah

                   dan  berkesan.  Soalan-soalan  latihan  lebih  memberi  tumpuan  kepada  kemahiran                         3.                   ASAS LUKISAN GEOMETRIK                                    4

                   penyelesaian masalah sesuai dengan kehendak Sistem Pentaksiran terkini.
                                                                                                                              4.                   UNJURAN ORTHOGARFIK DAN ISOMETRIK                         6
                   Latihan  dalam  buku  ini  di  susun  mengikut  tahap  pencapaian  pelajar  iaitu  dari  aras  yang
                                                                                                                              5.                   KERATAN                                                   9
                   mudah  kepada  aras  yang  lebih  sukar  supaya  pelajar  dapat  menguasai  kemahiran  asas

                   dalam setiap topik dan seterusnya dapat menyelesaikan semua latihan yang berpandukan                       6.                   LUKISAN PEMASANGAN                                        9

                   silibus Politeknik Malaysia.
                                                                                                                              7.                   LUKISAN TERPERINCI                                        10

                   OBJEKTIF AM                                                                                                8.                   SIMBOL-SIMBOL LUKISAN KEJURUTERAAN                        11

                   Di akhir program ini, pelajar-pelajar akan dapat:-                                                         9.                   RUJUKAN                                                   12

                   i.     Mengetahui  tujuan  dan  jenis  –  jenis  ,  piawai  am    dan  kepentingan  lukisan
                   kejuruteraan.
                   ii.    Mengetahui  dan  melukis  garisan  sempadan  dan  kotak  tajuk  dengan  garisan  yang
                   piawai.
                   iii.   Melukis  dan  membina  garisan  membahagi  sudut  tertentu  menggunakan  alat  –  alat
                   lukisan kejuruteraan dan bentuk geometri mudah dengan pelbagai kaedah.
                   iv.    Melukis  dan  membina  garisan  tangen,  lengkok  bertangen  kepada  dua  bulatan  dan
                   lengkok pada dua garisan yang bersudut dengan menggunakan jangka lukis.
                   v.     Memahami  dan  mengenali  konsep  sudut  unjuran  ortografik  dan  jenis  –  jenis
                   pandangan unjuran ortografik.
                   vi.    Memahami  dan  melukis  jenis  –  jenis  pandangan  dalam  unjuran  ortografik,  dimensi
                   mengikut kaedah piawai pada unjuran ortografik dan perhubungan diantara dimensi lukisan
                   dengan lukisan kerja.
                   vii.   Memahami dan mengenali konsep asas unjuran tambahan, kaitan unjuran  tambahan
                   dengan unjuran ortografik.
                   viii.   Mengenali  dan  melukis  jenis  –  jenis  pandangan  dalam  unjuran  tambahan  dan
                   perhubungan antara dimensi lukisan dengan lukisan kerja.
                   ix.    Mengenalpasti  dan  menghubungkait  lukisan  ortografik  dengan  bentuk  objek  dalam
                   tiga  dimensi,  persamaan  dan  perbezaan  antara  unjuran  ortografik  dengan  pandangan
                   isometrik.
                   x.     Memahami dan melukis pandangan isometrik berpandukan titik terendah, arah anak
                   panah pada unjuran ortografik dan dimensi mengikut kaedah piawai pada lukisan isometrik.
                   xi.    Melukis dan memahami konsep asas lukisan terperinci
                   xii.   Melukis dan memahami simbol-simbol dalam lukisan kejuruteraan.
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73