Page 70 - E-Book Coach & Mentoring
P. 70

L U K I S A N   K E J U R U T E R A A N                                                                                                                                                            P a g e  | 2



                   PERALATAN & SUMBER YANG DIPERLUKAN BERSAMA                                                                 1.0     PENGENALAN

                                                                                                                                       Lukisan  kejuruteraan  merupakan  lukisan  garisan  –  garisan  yang  dibentuk  daripada
                                  1.     ALAT JANGKA LUKIS PIAWAI.                                                                 pensel. Lukisan berbentuk garisan ini dibuat dengan menggunakan peralatan lukisan
                                  2.     PAPAN LUKIS                                                                               kejuruteraan  ,  bukannya  secara  bebas  tanpa  menggunakan  peralatan.  Lukisan  ini
                                  3.     SESIKU T                                                                                  merupakan gambaran sebenar bagi sesuatu bentuk objek dengan lebih terperinci yang
                                  4.     SESIKU SET                                                                                disertakan dengan saiz dan ukuran dari semua arah pandangan.
                                  5.     JANGKA SUDUT
                                  6.     PENSIL LUKIS
                                  7.     KERTAS LUKISAN                                                                       1.1   TUJUAN DAN JENIS-JENIS LUKISAN KEJURUTERAAN
                                                                                                                                     Secara amnya, lukisan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:


                                                                                                                                     i.     Lukisan Artis
                                                                                                                                     ii.    Lukisan Kejuruteraan

                                                                                                                                     Lukisan artis adalah lukisan yang dilakar secara bebas untuk menggambarkan bentuk
                                                                                                                                     sebenar sesuatu objek, benda ataupun dengan alam semula jadi.
                                                                                                                                     Lukisan  kejuruteraan  pula  adalah  lukisan  garisan-garisan  yang  dibentuk  daripada
                                                                                                                                     pensel  atau  dakwat.  Lukisan  berbentuk  garisan  ini  dibuat  dengan  menggunakan
                                                                                                                                     peralatan  lukisan  kejuruteraan,  bukannya  secara  bebas  tanpa  menggunakan
                                                                                                                                     peralatan.  Lukisan  ini  merupakan  gambaran  sebenar  bagi  sesuatu  bentuk  objek
                                                                                                                                     dengan  lebih  terperinci  yang  disertakan  dengan  saiz  dan  ukuran  dari  semua  arah
                                                                                                                                     pandangan.
                                                                                                                                     Lukisan Kejuruteraan mengandungi ciri-ciri tertentu dengan gaya tersendiri dan dilukis
                                                                                                                                     mengikut  peraturan  yang  telah  ditetapkan.  Lukisannya  terdiri  daripada  susunan
                                                                                                                                     berbagai-bagai jenis garisan serta simbol-simbol tertentu dan lazimnya boleh difahami
                                                                                                                                     oleh mereka yang daripada kejuruteraan yang sama.
                                                                                                                                     Semasa mempelajari lukisan kejuruteraan terdapat beberapa amalan biasa yang perlu
                                                                                                                                     dilakukan oleh setiap pelajar untuk menentukan setiap lukisannya diterima mengikut
                                                                                                                                     peraturan  lukisan.  Diantaranya  ialah  ketepatan  melukis,  teknik  melukis,  kebersihan
                                                                                                                                     melukis dan kepantasan menyiapkan lukisan.


                                                                                                                                     Ketepatan

                                                                                                                                     Setiap lukisan kejuruteraan hendaklah dibuat dengan mengikut ukuran yang tepat. Ini
                                                                                                                                     termasuk  ketepatan  ukuran  saiz  dan  penggunaan  jenis-jenis  garisan  mengikut jenis
                                                                                                                                     pensel ataupun sepertimana yang telah ditentukan.
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75