Page 71 - E-Book Coach & Mentoring
P. 71
L U K I S A N K E J U R U T E R A A N P a g e | 2
PERALATAN & SUMBER YANG DIPERLUKAN BERSAMA 1.0 PENGENALAN
Lukisan kejuruteraan merupakan lukisan garisan – garisan yang dibentuk daripada
1. ALAT JANGKA LUKIS PIAWAI. pensel. Lukisan berbentuk garisan ini dibuat dengan menggunakan peralatan lukisan
2. PAPAN LUKIS kejuruteraan , bukannya secara bebas tanpa menggunakan peralatan. Lukisan ini
3. SESIKU T merupakan gambaran sebenar bagi sesuatu bentuk objek dengan lebih terperinci yang
4. SESIKU SET disertakan dengan saiz dan ukuran dari semua arah pandangan.
5. JANGKA SUDUT
6. PENSIL LUKIS
7. KERTAS LUKISAN 1.1 TUJUAN DAN JENIS-JENIS LUKISAN KEJURUTERAAN
Secara amnya, lukisan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:
i. Lukisan Artis
ii. Lukisan Kejuruteraan
Lukisan artis adalah lukisan yang dilakar secara bebas untuk menggambarkan bentuk
sebenar sesuatu objek, benda ataupun dengan alam semula jadi.
Lukisan kejuruteraan pula adalah lukisan garisan-garisan yang dibentuk daripada
pensel atau dakwat. Lukisan berbentuk garisan ini dibuat dengan menggunakan
peralatan lukisan kejuruteraan, bukannya secara bebas tanpa menggunakan
peralatan. Lukisan ini merupakan gambaran sebenar bagi sesuatu bentuk objek
dengan lebih terperinci yang disertakan dengan saiz dan ukuran dari semua arah
pandangan.
Lukisan Kejuruteraan mengandungi ciri-ciri tertentu dengan gaya tersendiri dan dilukis
mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Lukisannya terdiri daripada susunan
berbagai-bagai jenis garisan serta simbol-simbol tertentu dan lazimnya boleh difahami
oleh mereka yang daripada kejuruteraan yang sama.
Semasa mempelajari lukisan kejuruteraan terdapat beberapa amalan biasa yang perlu
dilakukan oleh setiap pelajar untuk menentukan setiap lukisannya diterima mengikut
peraturan lukisan. Diantaranya ialah ketepatan melukis, teknik melukis, kebersihan
melukis dan kepantasan menyiapkan lukisan.
Ketepatan
Setiap lukisan kejuruteraan hendaklah dibuat dengan mengikut ukuran yang tepat. Ini
termasuk ketepatan ukuran saiz dan penggunaan jenis-jenis garisan mengikut jenis
pensel ataupun sepertimana yang telah ditentukan.

