Page 2 - SEDIA BERKORBAN TLDM MEMBINA MASA DEPAN_Neat
P. 2
Perkembangan Tentera Laut Diraja Malaysia dalam dekad 70an dengan zaman
pembaharuannya adalah berhubungkait, baik dari segi urutan peristiwanya, mahupun
dari aspek kepimpinannya. Justeru, di dalam zaman pembaharuan banyak urutan
peristiwa berkisar di dalam dekat 70an. Sejajar dengan pembesaran Angkatan Tentera,
pada 1hb Jan 1973 Menteri Pertahanan Tun Abdul Razak bin Hussein telah
mengumumkan kenaikan pangkat beberapa orang pegawai tinggi Angkatan Tentera
Malaysia. Di antara pegawai-pegawai itu ialah Komander Dato' K. Tbanabalasingam telah
dinaikkan ke pangkat Laksamana Muda,dan Komander Udara Dato' Sulaiman bin Sujak
(Ketua Turus Tentera Udara) dinaikkan ke pangkat Naib Marsyal Udara. Setahun
kemudian, iaitu pada 1hb Februari 1974 Kepten Mohamad Zain bin Mohamad Salleh TLDM
telah dinaikkan ke pangkat Komander, menjawat jawatan Timbalan Ketua Turus Tentera
Laut.
Dalam bulan Oktober 1975, tiga orang pegawai jurutera dan tiga orang Chief Petty Officer
dari Royal Navy dan Indian Navy telah menamatkan perkhidmatan mereka dengan
Tentera Laut Diraja Malaysia. Mereka terdiri dari Lieutenant Commander Madan Lal IN,
Lieutenant Commander B.B. Tapuria IN, Lieutenant T. Mac- Donald RN, CPO J.E. Tyler,
CPO S.R. Johnston dan CPO G.B. Preston. Mereka merupakan anggota ekspatriat yang
terakhir meninggalkan perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia.
Pada 5hb Julai 1975, YAB Perdana Menteri Tun Abdul Razak bin Hussein semasa
membuat lawatan ke Pangkalan di Woodlands, menyatakan bahawa Tentera Laut Diraja
Malaysia akan diperbesarkan lagi dalam rangka Rancangan Malaysia Ketiga. Di antara
rancangannya ialah menggantikan kapal-kapal dan alat-alat kelengkapan yang lama,
termasuk pembinaan sebuah pangkalan di Lumut dan sebuah lagi di Tanjung Gelang,
Kuantan.
Pada 31hb Disember 1976 Ketua Turus Tentera Laut, Laksamana Muda Dato'K.
Thanabalasingarn telah bersara dari perkhidmatan. Jawatan beliau telah diambilalih oleh
Komander Mohamad Zain bin Mohamad Salleh dalam pangkat Laksamana Muda mulai
1hb Januari 1977.
LAKSAMANA MADYA DATO' MOHD ZAIN BIN MOHD SALLEH SPMJ DPTS DSSP
DSSA KMN
Laksamana Madya Dato’ Mohd Zain bin Mohd Salleh dilahirkan pada 9hb Julai 1935, di
Batu 11 1/2, Jalan Jelapang, Chemor, Perak.Beliau mendapat didikan awal di Sekolah
Melayu Chemor dan kemudian melanjutkan pelajaran eli Sekolah Menengah Anderson,
lpoh. Setelah tamat persekolahan pada 30hb Mei 1955, beliau masuk berkhidmat dengan
Tentera Laut Diraja Malaya dan dihantar menghadiri latihan Pegawai Kadet di Britannia
Royal Naval College, Dartmouth, England mulai 1hb Januari 1956.
Pada 19hb Disember 1958 beliau dinaikkan ke pangkat Leftenan Muda dan ditugaskan di
HMS ST BRIDES BAY yang beroperasi di Timur Jauh. Kemudian beliau berkhidmat di KD
MAHAMIRU sebagai Pegawai Panduarah. Beliau dinaikkan ke pangkat Leftenan pada 1
hb September 1961 dalam jawatan Pegawai Memerintah KD SRI NEGERI SEMBILAN

