Page 3 - SEDIA BERKORBAN TLDM MEMBINA MASA DEPAN_Neat
P. 3
(Seaward Defence Motor Launch). Beliau mengikuti kursus staf di Royal Naval College
Greenwich. England. Setelah tamat kursus beliau dijawatkan sebagai Pegawai
Memerintah KD SRl TRENGGANU untuk membawa pulang kapal tersebut ke
tanahair.Pada 18hb April 1966, beliau dinaikkan ke pangkat Leftenan Komander dalam
jawatan sebagai Pegawai Memerintah KD TAHAN. Kemudian beliau dihantar semula ke
England untuk mengikuti Kursus Pegawai Laksana dan Pegawai Memerintah di HMS DRY
AD, sebelum dijawatkan sebagai Pegawai Laksana KD RAHMAT yang pada masa itu
sedang dibina di England.
Pada 1hb Ogos 1969, beliau dinaikkan ke pangkat Komander dan dijawatkan ke KD HANG
TUAH sebagai Pegawai Memerintah. Pada tahun 1971 beliau dihantar berkursus di Joint
Services Staff College, Latimer, United Kingdom. Sekembalinya dari kursus tersebut,
beliau terus bertugas di Kementerian Pertahanan sebagai Ketua Pegawai Turus. Pada 1hb
Februari 1971, beliau dinaikkan ke pangkat Kepten dan dijawatkan sebagai Timbalan
kepada Ketua Turus Tentera Laut. Pada 12hb Februari 1974 beliau dinaikkan ke pangkat
Komander dan memegang jawatan Timbalan Ketua Turus Tentera Laut. Pada 1hb Januari
1977 beliau telah mengambilalih jawatan Ketua Turus Tentera Laut dari Laksamana Muda
Dato' K. Thanabalasingam dalam pangkat Laksamana Muda. Pada 1hb Januari 1981
beliau dinaikkan ke pangkat Laksamana Madya dan memegang jawatan Panglima
Tentera Laut. Beliau bersara dari Tentera Laut Diraja Malaysia pada 1hb Mac 1986.
Ketika mengumumkan perlantikan Laksamana Muda Dato' Mohamad Zain menjadi Ketua
Turus Tentera Laut, Timbalan Menteri Pertahanan Encik Mokhtar bin Haji Hashim
menyatakan keyakinannya akan kemampuan Laksamana Muda Dato' Mohamad Zain
meneruskan usaha-usaha memajukan Tentera Laut Diraja Malaysia. Serentak dengan itu
Penasihat Pertahanan di Kedutaan Besar Malaysia di Washington, Kepten Abdul Wahab
bin Nawi TLDM telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Turus Ekoran dari pertukaran pucuk
pimpinan Tentera Laut Diraja Malaysia itu, seramai 87 orang lagi pegawai terlibat. Ini
merupakan satu penyusunan semula jawatan yang paling besar pernah dilakukan oleh
Tentera Laut Diraja Malaysia. la amat besar ertinya terutama di dalam aspek operasi
selaras dengan tanggungjawab Tentera Laut Diraja Malaysia yang semakin bertambah
dan mencabar. Di bawah kepimpinan Laksamana Muda Dato' Mohamad Zain, tumpuan
utama ditujukan kepada pembinaan pangkalan-pangkalan Lumut dan di Kuantan.
Kewujudan kedua-dua pangkalan tersebut menjadi semakin penting apabila Kerajaan
Saigon jatuh ke Tangan Vietnam Utara. Pengunduran Tentera Amerika dari Vietnam
dalam bulan April 1975, telah menyedarkan negara-negara Asean betapa pentingnya
1977-1980 yang melibatkan sejumlah US$544 juta, iaitu yang terbesar di kalangan
negara-negara Asean bagi tempoh yang sama. Kepesatan pembangunan dapat diukur
melalui pertambahan kapal-kapal di dalam inventori Tentera Laut Diraja Malaysia. Dalam
belanjawan 1983 sebanyak $3.888 ribu juta telah diperuntukkan kepada pertahanan. Dari
jumlah tersebut Tentera Laut Diraja Malaysia mendapat $803 juta. Mulai 1hb Januari
1981 nama jawatan Ketua Turus Tentera Laut yang disandang oleh Laksamana Muda
Dato' Mohd Zain bin Mohamad Salleh telah ditukar menjadi Panglima Tentera Laut dan
dinaikkan tarafnya kepada pangkat Laksamana Madya.

