Page 4 - SEDIA BERKORBAN TLDM MEMBINA MASA DEPAN_Neat
P. 4

KD PELANDOK

               Bagi mengenang sejarah di mana (HMS) PELANDOK telah digunakan sebagai nama barek
               dan  pusat  latihan  semasa  penubuhan  Straits Settlement  Naval  Volunteer  Reserve dan
               Malay Navy sebelum Perang Dunia Kedua, nama itu dihidupkan semula dan diberi kepada
               pusat latihan yang baru, dengan nama KD PELANDOK. Dengan pertambahan bilangan
               kapal  baru,  pangkalan-pangkalan serta  pengwujudan  jawatan-jawatan  di  dalam
               Tentera Laut  Diraja Malaysia,  sudah  tentu  ia  juga  melibatkan  pertambahan anggota.
               Untuk memenuhi keperluan tersebut pengambilan anggota-anggota baru telah dilakukan
               dengan pesatnya.

               Masalah tempat dan kelengkapan bagi melatih anggota-anggota baru timbul dan disedari
               pada  awal  tahun  1970.  Pada  12hb  Ogos 1970,  sepasukan pegawai-pegawai
               dari bahagian Turus Tentera Laut dan Bahagian Lojistik Kementerian Pertahanan telah
               membuat  lawatan  dan  penyelidikan  ke  Kem  Khatib  yang  terletak  di  Sembawang,
               Singapura. Kem  itu  ialah  bekas  pangkalan Tentera  Darat  Malaysia  seluas  kira-kira  12
               ekar. la telah dihadiahkan oleh Kerajaan British kepada Malaysia semasa Singapura masih
               lagi di dalam gagasan Malaysia.
   1   2   3   4   5