Page 1 - AP KARANGAN
P. 1
Karangan Tambahan.
Masyarakat pada zaman alaf milenium ini amat mudah untuk mendapat maklumat melalui
internet. Berdasarkan pernyataan berkenaan huraikan kebaikan internet dalam kalangan
masyarakat kini.
Saban hari penggunaan internet semakin digemari oleh setiap lapisan masyarakat di negara kita.
Tahukan anda bahawa penggunaan internet di negara kita ibarat cendawan tumbuh selepas hujan
kerana pertambahan penggunaannya amat ketara sama ada di kawasan bandar mahu pun di
kawasan luar bandar. Penggunaan internet juga bertambah dalam kalangan rakyat di negara kita
disebabkan wujudnya rangkaian jaringan sosial seperti Facebook, Friendster, My Space dan Tagged
dalam internet yang semakin meluas. Bahkan, negara kita tersenarai dalam sepuluh negara yang
paling banyak menggunakan jaringan sosial iaitu Facebook. Sedar atau tidak, penggunaan internet
juga telah sampai di segenap desa apatah lagi selepas wujudnya teknologi ‘3G’ dan "4G". Apa yang
pasti, kajian telah menunjukkan bahawa satu daripada sepuluh buah rumah di negara kita
menggunakan kemudahan internet untuk pelbagai tujuan. Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa
pelbagai manfaat dapat diperoleh daripada kemudahan penggunaan internet dalam kalangan
masyarakat sekaligus mengubah ajakan paradigma masyarakat dalam era teknologi maklumat kini
kerana maklumat berada di hujung jari.
Mari kita melebarkan lensa perbincangan dengan mengupas kebaikan penggunaan internet
dalam kalangan masyarakat kini. Pertama kita gunakan minda pelajar kelas pertama dalam
memperinci tajuk perbincangan pertama dengan kata kunci internet bermanfaat untuk mencari
dan mengumpul maklumat dalam masa yang singkat. Hal ini kerana dalam era globalisasi ini segala
maklumat sama ada formal atau tidak formal telah dimuat naik dalam rangkaian internet oleh
pelbagai pihak dengan cepat sehingga mengalahkan media cetak seperti surat khabar. Dalam soal
ini, pengguna hanya perlu menaip sahaja maklumat yang dikehendaki dalam carian enjin google
atau yahoo dan segala maklumat yang diperlukan akan tertera di skrin komputer. Malah, setiap
maklumat yang kita perlu dapat kita peroleh menggunakan pelbagai sumber yang boleh dipercayai
keesahannya. Sebagai contoh, jika kita ingin mencari maklumat berkenaan berita terkini di
akhbar, kita akan memperoleh banyak maklumat kerana hampir semua akhbar telah dibuka atas
talian seperti Utusan Malaysia Online, Berita Harian Online, Malaysia Kini dan News Strait Times.
Malahan, pelajar juga boleh mendapat maklumat mengenai berita terkini berlaku di dunia kerana
dengan internet kerana dunia ibarat tanpa sempadan. Perkara ini secara tidak langsung
memudahkan kita mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dan kita juga akan
memperoleh berita terbaru kerana dalam media mungkin berita berkenaan masih belum
disiarkan. Contohnya, kita akan mengetahui peristiwa seperti bencana tsunami yang pernah
berlaku di Acheh dan Jepun, serangan Israel ke atas negara kecil iaitu di Palestin. Justeru, pada
zaman milineum ini bergantung kepada seseorang pelajar untuk mencari maklumat dan sekiranya
mereka malas berbuat demikian mereka boleh diibarat seperti katak di bawah tempurung. Oleh
itu, kita dapat membuat kesimpulan bahawa mencari maklumat akan menjadi lebih mudah dengan
menggunakan kemudahan internet.
Seterusnya mari kita memperinci perbincangan selanjutnya dengan kata kunci penggunaan jalur
lebar dapat menyelesaikan pelbagai urusan seharian seperti membayar bil dan urusan perbankan
Kini, kehidupan masyarakat kita terutama mereka yang tinggal di bandar sangat sibuk dek tekanan
tempat kerja dan kesesakan lalu lintas sebelum serta selepas pulang dari pejabat. Jadi, kesuntukan

