Page 3 - AP KARANGAN
P. 3

capaian  internet.  Sistem  berkenaan  yang  dikenali  sebagai  Frog  Vle  merupakan  satu  sistem
               pembelajaran  berasaskan  web  yang  menyerupai  dunia  pembelajaran  sebenar  dengan
               mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-
               guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat
               menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan
               pihak  sekolah  manakala  pentadbir  sekolah  boleh  menguruskan  kalendar  sekolah  dan  mewar-
               warkan notis sekolah melalui Internet. Justeru, pembelajaran kini boleh berlaku di mana-mana
               sahaja dan sudah pasti pembelajaran secara berterusan akan memantapkan lagi prestasi pelajaran
               dan  anak-anak  akan  lebih  tertarik  belajar  secara  interaktif.  Malahan  ibu  bapa  juga  mampu
               mengetahui prestasi pembelajaran anak mereka sebagai sokongan Sistem Aplikasi Peperiksaan
               Sekolah  (SAPS)  yang  diguna  pakai  sekarang.  Tegasnya,  Kementerian  Pelajaran  Malaysia  kini
               berusaha  membuat  Transformasi  Pendidikan  Negara  ke  araf  pendidikan  bertaraf  dunia  agar
               pendidikan negara kita boleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pendidikan negara
               maju                                        di                                       dunia.

                        Akhirnya, sebagai pelajar berminda kelas pertama saya ingin menggunakan kata kunci bahan-
               bahan bloger di internet yang dikendalikan oleh guru-guru pakar dalam mata pelajaran mampu
               memperkasakan kemahiran pelajar dalam mata pelajaran terutama pelajar yang akan menghadapi
               peperiksaan  awam.  Hal  ini  terbukti  apabila  guru-guru  yang  bertanggungjawab,  berdedikasi
               berusaha untuk membantu pelajar menguasai kemahiran pelajar dalam mata pelajaran berkenaan.
               Bukan itu sahaja, guru-guru berkenaan juga membuka ruang kepada pelajar untuk berinterksi di
               lamam web seperti bmspmet, mohdramsul.blogspot, mohdrazak.bogspot, dan sebagainya dengan
               aplikasi chatrool, face book, dan pelbagai aplikasi lain agar pelajar boleh sentiasa berhubung, sama
               ada untuk bertanya hal berkaitan kemahiran yang sukar pelajar kuasai. Malangnya, pelajar tidak
               mengambil  kesempatan  untuk  menggunakan  kemudahan  yang  ada  untuk  tujuan  penguasaan
               terhadap kemahiran berkenaan. Tambahan pula, guru-guru pakar berkenaan tidak mengenakan
               bayaran  kepada  pelajar  untuk  meningkatkan  kemahiran  mereka  dalam  penguasaan  kemhiran
               tatabahasa,  komsas,  dan  penulisan  karangan.  Usaha  tangga  kejayaan,  setiap  usaha  akan  ada
               balasannya,  begiutlah  ungkapan  pepatah  Melayu  yang  membawa  maksud  sekiranya  pelajar
               berusaha apa sahaja yang mereka usahakan, akhirnya mereka akan menerima hasilnya. Justeru,
               terbukti  internet  banyak  memberikan  kebaikan  kepada  peajar  terutamapelajar  yang  bijak
               menggunakan aplikasi ini untuk tujuan meningkatkan kemahiran dalam pembelajaran.


                        Kesimpulannya, penggunaan internet mendatangkan pelbagai manfaat berguna kepada
               masyarakat. Oleh itu, masyarakat di negara kita perlu memanfaatkan penggunaan
               internet  kerana melalui penggunaan internet segala maklumat berada di hujung jari anda. Apa
               yang pasti, internet mampu memberikan seribu satu macam kemudahan kepada pengguna jika
               digunakan sebaiknya. Dalam era serba moden ini, penggunaan internet seakan tidak dapat
               dipisahkan lagi dengan kemajuan negara sekarang. Jadi, pihak kerajaan perlu mendidik
               masyarakat menggunakan internet bagi melahirkan generasi celik IT sekaligus setanding dengan
               masyarakat negara maju lain seperti Jepun demi mencapai wawasan 2020. Selain itu, ibu bapa
               juga tidak ketinggalan perlu mendidik anak-anak mempelajari internet di rumah kerana melentur
               buluh biarlah daripada rebungnya. Akhirul kalam, tidak dapat dinafikan bahawa kemudahan
               internet di rumah memberi pelbagai faedah kepada kita.
   1   2   3