Page 2 - AP KARANGAN
P. 2

masa yang dialami ini amat menyusahkan apabila mereka hendak menguruskan hal-hal berkaitan
               rumah  tangga  dan  pembayaran  pelbagai  bil.  Oleh  sebab  itu,  masyarakat  di  bandar  sering
               mengalami  tekanan  kehidupan  atau  stress  yang  membelenggu  kehidupan  mereka  seharian.
               Justeru, masyarakat milenium mereka perlu sedar akan kemudahan yang telah disediakan oleh
               pelbagai agensi sama ada agensi kerajaan mahupun swasta dalam meringankan bebanan dan masa.
               Bak  kata  pepatah,  masa  itu  emas,  sekiranya  kita  tidak  memotongnya  masa  akan  memotong
               kita.   Oelh  sebab  itu  satu  cara  untuk  menyelesaikan  masal  pembayaran  bil  dalam  kehidupan
               seharian  adalah  dengan   penggunaan  internet.  Justeru,  pembayaran  bil  dan  urusan  perbankan
               boleh dilakukan pada bila-bila masa sama ada sambil minum kopi dan berbual bersama-sama ahli
               keluarga  di  rumah,  atau  dipejabat. Perkara  ini  dapat  dibuktikan  apabila  banyak  bank  seperti
               Maybank, CIMB Bank, Agro Bank dan RHB Bank menyediakan perniagaan secara ‘online’ di internet
               kepada  para  pelanggan  untuk  memindahkan  wang  ke  dalam  akaun  lain  dan  menyimpan  wang
               secara ‘online’, begitu juga dengan pembayaran bil kad kredit. Pembayaran bil elektrik, bil air dan
               bil telefon juga dapat dibayar dengan penggunaan internet di rumah melalui laman web kerajaan
               iaitu myeg.com. Pendek kata, kita dapat menguruskan pembayaran bil dan urusan perbankan di
               rumah melalui internet sekaligus menjimatkan masa kita.






                           Di  samping  itu,  manfaat  penggunaan  internet  di  rumah  dapat  memudahkan  kita
               berkomunikasi  di  antara  jarak  jauh  dan  dekat  malah  merentasi  lautan  seantero  dunia.  Hal  ini
               kerana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di internet untuk tujuan komunikasi. Malah,
               syarikat  gergasi  telekomunikasi  berlumba-lumba  membuka  laman  web  mereka  untuk
               memudahkan  pengguna  berkomunikasi  di  internet.  Berkomunikasi  di  internet  bukan  sahaja
               melibatkan suara orang yang dihubungi malah kita dapat bersua muka dan melihat wajah kenalan
               atau individu yang baru kita kenali dengan hanya duduk di kerusi dan mengadap komputer serta
               tangan bermain dengan tetikus melalui beberapa klik. Perkara ini amat memberi kebaikan kepada
               ahli keluarga yang jauh meninggalkan keluarga untuk bekerja dan belajar di luar negara seperti di
               Asia Barat dan Eropah. Oleh sebab itu dengan penggunaan internet hubungan ahli keluarga yang
               jauh  dapat  dipererat  dengan  menggunakan  internet.  Mereka  hanya  perlu  mengakses  aplikasi
               ‘yahoo mesengger’ untuk berkomunikasi bagi melihat wajah dan mendengar suara ahli keluarga
               yang jauh bagi melepaskan kerinduan. Tambahan pula, gajet  telefon sekarang seperti ipad dan
               telefon  pintar  lain  boleh  diaplikasi  sebagai  akses  kemudahan  internet  dan  ini  mempermudah
               komunikasi  antara  masyarakat  berlaku  dengan  mudah.  Tuntasnya,  penggunaan  internet  amat
               bermanfaat dalam kalangan masyarakat untuk mereka berkomunikasi jarak jauh.


                            Negara  kita  sedang  mengorak  langkah  untuk  menjadi  negara  maju,  justeru  Kementerian
               Pelajaran Malaysia sentiasa meningkatkan mutu pendidikan negara dengan  dengan memperkenal
               pelbagai kemudahan seperti  Sistem Aplikasi Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang memudahkan ibu
               bapa  melihat  keputusan  anak  mereka  diinternet  sama  ada  untuk  mengetahui  keputusan  ujian
               bulanan dan peperiksaan. Melalui capaian internet ini ibu bapa akan mudah mendapat keputusan
               peperiksaan anak secara cepat dan berkesan. Seterusnya, ibu bapa boleh membuat langkah susulan
               bertemu dengan para pendidik di sekolah untuk mengetahui keputusan anak mereka dengan lebuh
               lanjut.  Selain  itu  program  pengajaran  dan  pembelajaran  secara  maya  sedang  diaplikasi  oleh
               Kementerian Pelajaran Malaysia dengan memudahkan guru dan pelajar untuk berinteraksi melaui
   1   2   3