Page 7 - BUKU CENDERAMATA MAJLIS IHTIFAL KECEMERLANGAN KALI KE-31 (2019) SERI & SEMI ABIM SG. RAMAL, KAJANG
P. 7

Serumpun Tinta








     Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
          Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T atas segala nikmat yang di
     anugerahkan kepada kita. Selawat dan salam ke atas junjungan tercinta, Nabi
     Muhammad S.A.W, ahli-ahli keluarganya dan sahabat-sahabat baginda.

          Hari  ini  merupakan  hari  apresiasi  kepada  pelajar-pelajar  SERI  dan  SEMI  ABIM  yang
     telah berjaya mencapai kecemerlangan di peringkat rendah dan menengah. Saya ingin mengambil
     kesempatan untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa atas
     kepercayaan  yang  diberikan  kepada  kami  untuk  mentarbiyah  anak-anak  tuan  puan.  Tidak  lupa
     juga untuk semua asatizah yang telah menabur jasa di SERI dan SEMI ABIM
     sepanjang sesi persekolahan 2019.

          Pendidikan merupakan elemen yang berkesan untuk membentuk akhlak dan perilaku anak-
     anak. Anak-anak yang berakhlak mulia ini akan membentuk masyarakat berilmu yang sedar fungsi
     keberadaannya sebagai Khalifah Allah di muka bumi.

          Mutakhir ini, teknologi digital telah sedikit sebanyak mengubah pola hidup masyarakat.
     Pergantungan kepada alat teknologi semakin meningkatkan jurang perhubungan sesama manusia.
     Nilai-nilai mulia seperti jujur dan amanah dikesampingan cara berkomunikasi
     sesama manusia semakin menipis nilai kesantunannya. Justeru itu, pendidikan karakter atau pen-
     didikan  Al-Hikmah  menjadi  lebih  signifikan  dalam  era  ini  kerana  ia  mengagaskan  pesan-pesan
     bijaksana Luqman Hakim dalam ayat 12-19 Surah Luqman. Karakter Al-Hikmah yang di tekankan
     dalam  pendidikan  di  SERI  SEMI  ialah  Budaya  Al-Quran,  Ummatik,  Adab  dan  Bakti,  Berilmu,
     Kepimpinan, Harakiy, Istiqamah, Iltizam, Budi dan Lestari.

          Pesanan  saya  kepada  anak-anak  supaya  terus  gigih  menggali  khazanah  ilmu  Allah  yang
     tiada penghujungnya. Mudah-mudahan Allah memudahkan jalan-jalan menuju
     redhaNya. Dengan ilmu, jadilah insan yang berjasa kepada agama dan negara.

     Sekian. Jazakumullah Khairan Kathira

     “Sekolah Cemerlang 2030”
     “Al Fateh Inspirasiku”



     PN. ROGAYAH SEBLI
     (Pengetua SEMI ABIM Sg. Ramal Dalam)

                                                                            7
                                                                          7
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12