Page 8 - BUKU CENDERAMATA MAJLIS IHTIFAL KECEMERLANGAN KALI KE-31 (2019) SERI & SEMI ABIM SG. RAMAL, KAJANG
P. 8
Seuntai Bicara
Assalamu‟alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Segala pujian bagi Allah, tuhan sekalian alam.
Majlis Ihtifal Kecemerlangan kali ke-31, dapat diadakan kali ini untuk meraikan dan
mengiktiraf kecapaian murid sepanjang tahun 2019. Sememangnya semua murid adalah
cemerlang mengikut keupayaan masing-masing sehinggakan sistem pendidikan aliran
perdana, tidak lagi membenarkan budaya mengejar gred dan angka. Semua murid dinilai
dan ditafsir mengikut set pencapaiannya tersendiri. Setiap perubahan diambil kira
walaupun perubahan yang sangat kecil.
Untuk itu, guru-guru telahpun diperkenalkan kepada sistem Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD) dimana guru dengan kemahiran keguruannya, menilai dan mentafsir setiap murid
melalui pemerhatian, menguji murid melalui Pertuturan dan Penulisan. Guru mengadakan
beberapa aktiviti atau projek yang melibatkan Kolaborasi, Kreativiti, Kritis dan Komunikasi.
Akhirnya guru menerapkan Nilai-nilai & Etika dalam membuat rumusan pembelajaran.
Daripada analisis guru, maka murid-murid dipilih untuk diberikan apreasasi di atas pentas
Ihtifal Kecemerlangan Tahunan Kali Ke-31 ini, dengan mengambil kira kesungguhan dan
penglibatan aktif sepanjang tahun termasuk kehadiran dan penglibatan dalam sukan,
akademik, aktiviti/program dalam dan luar sekolah serta adab dan sumbangan kepada
sekolah, guru, rakan dan komuniti.
Yayasan Takmir Pendidikan (YTP) telah pun memainkan peranan menyebar luas
Falsafah Pendidikan Al-Hikmah (PAH) yang menekankan budaya dan adab insaniah adalah
tidak lari dengan kehendak PAK21. Budaya mengutamakan “Apakah Sumbanganku Untuk
Memartabatkan Ummah?” akan menjadikan murid SERI ABIM Sg Ramal Dalam lebih
relevan apabila menyelusuri pendidikan di peringkat menengah dan universiti nanti,
Insyaa Allah.
Akhir kata, TAHNIAH! diucapkan kepada Penerima-penerima Anugerah. Semoga dapat
mengekalkan prestasi di tahun-tahun mendatang.
Tahniah juga kepada Ahli Jawatankuasa Majlis Ihtifal Kecemerlangan Tahunan Kali Ke-31
ini.
“Pendidikan Al-Hikmah Memartabatkan Ummah”.
“Sekolah Cemerlang 2030”
MOHD HANAPIAH BIN ARDI
(Guru Besar SERI ABIM Sg Ramal Dalam)
8
8

