Page 13 - AGM SKAD 2022
P. 13
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK ALAM DAMAI
KALI KE 19 SESI 2020/2021
Tarikh : 30 Oktober 2021
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi – 11.15 pagi
Tempat : Hybrid - AJK di Bilik Mesyuarat SKAD
Google meet - di lokasi masing-masing
Kehadiran : Ibu Bapa : 109 orang
Guru : 70 Orang
1. Ucapan Pengerusi Majlis
1.1 Pengerusi majlis mengalu-alukan kehadiran AJK PIBG, ibu bapa dan guru-guru ke
Mesyuarat Agung PIBG SKAD kali ke 19 bagi sesi 2020/2021. Beliau
memanjatkan rasa bersyukur kerana dapat berkumpul dan menghadiri mesyuarat
yang dilakukan secara maya.
1.2 YDP menjemput Al-Fadhil Ustaz Mohd Azizi Bin Mohd Yaziz untuk bacaan doa
sebagai pembukaan mesyuarat.
1.3 Beliau berterima kasih dan menggalakkan kerjasama dikalangan IbuBapa dan
Guru untuk meningkatkan kemenjadian murid. Beliau juga amat berterima kasih
atas pelbagai usaha dilakukan oleh pihak sekolah dan ibubapa dalam memastikan
murid tidak tercicir dari proses PDPR.
1.4 Beliau mengajak IbuBapa dan guru untuk meneruskan hubungan dan kerjasama
yang baik ibarat bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
1.5 Akhir sekali, beliau mengucapkan terima kasih atas kerjasama secara langsung
dan tidak langsung yang terlibat didalam PIBG sekolah. Semoga hubungan erat
akan membuahkan hasil yang hebat untuk pihak sekolah.
2. Ucapan Penasihat PIBG SK Alam Damai
2.1 Pn.Eleena Haslin, Guru Besar SKAD mengalu-alukan dan mengucapkan terima
kasih atas kedatangan ibu bapa dan para hadirin yang hadir pada mesyuarat kali
ini.
2.2 Guru Besar juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada barisan AJK PIBG
kerana berjaya melaksanakan mesyuarat pada kali ini dengan jayanya.
2.3 Beliau memaklumkan sesi persekolahan akan bermula 1 November secara
penggiliran mengikut kumpulan A dan kumpulan B.
2.4 Beliau berharap agar IbuBapa peka dengan wabak COVID-19 yang sedang
menular dengan cepat dikebanyakkan negara-negara diseluruh dunia. Dinasihatkan
tidak menghantar anak-anak ke sekolah sekiranya anak-anak tidak sihat. Langkah-
13

