Page 14 - AGM SKAD 2022
P. 14
langkah pencegahan perlu diambil secara serius. Tidak digalakkan juga membawa
anak-anak ke tempat awam kerana wabak ini amat mudah dijangkiti.
2.5 Beliau memohon agar IbuBapa menjaga kesihatan anak-anak dan tidak membawa
anak-anak pergi bercuti semasa musim Cuti Sekolah kerana situasi sekarang yang
sangat tidak selamat. Cadangan beliau ialah anak-anak boleh meluangkan masa
untuk bermain permainan dalaman di rumah sepanjang Cuti Sekolah. Ada hikmah
disebalik virus terbaru yang menular dengan sangat cepat ini IbuBapa dapat
mengeratkan lagi hubungan antara IbuBapa dan anak-anak dirumah.
2.6 Sekolah akan dibuka secara berperingkat dan penggiliran, akan dimulakan dengan
murid Tahap 1 kumpulan A. Kemudian bercuti Deepavali. Sesi persekolahan
dibuka semula untuk Tahap 1 dan Tahap 2 kumpulan B pula bersekolah.
2.7 Surat makluman dan surat libat urus telah diedarkan di dalam kumpulan whatsapp
sekolah. Mohon ibubapa peka dengan SOP, walau anak bergejala seperti selesema,
demam dan muntah, jangan hantarkan anak datang ke sekolah. Terus ambil
langkah berjaga-jaga. Jika tuan puan kontak rapat, anak juga dikira kontak rapat.
Jangan hantar ke sekolah.
2.8 Beliau mengingatkan supaya selepas membuat ‘swab test’, jangan terus hantar
anak ke sekolah walaupun keputusannya adalah Negatif. Sila tunggu 5 hari dulu
kemudian baru pastikan semula dan jika negatif baru hantarkan ke sekolah.
2.9 AJK Ibubapa dikekalkan manakala AJK Guru akan dibubarkan. Guru-guru
diminta menerima dengan hati yang terbuka dan menjadi ladang pahala sekiranya
nama anda dilantik untuk AJK yang baru.
2.10 Akhir kata, Guru Besar mengharapkan agar mesyuarat agung PIBG pada kali ini
dapat dijalankan dengan baik. Sebarang cadangan yang dikemukakan diharap
mampu melonjakkan kecemerlangan sekolah ke peringkat seterusnya. Segala
kesilapan kita perlu bersama-sama memperbetulkan dengan cara mencari
kesamaan bukannya sebaliknya. Beliau juga mengucapkan terima aksih kepada
semua atas bantuan-bantuan yang dihulurkan demi membantu kecemerlangan
anak-anak SKAD. Beliau juga mengharapkan semoga Allah s.w.t sahaja yang
dapat membalas segala jasa baik IbuBapa.
2.11 Dengan lafaz bismillahiraahmaniraahim, beliau merasmikan Mesyuarat Agung
Tahunan PIBG kali ke-19 bagi sesi 2020/2021.
*Persembahan Multimedia berkaitan program PIBG yang disediakan oleh Pn.Nurul
Atiqah telah dipersembahkan kepada Ibu Bapa / Penjaga dan Guru.
3. Ucapan Yang Dipertua PIBG SK Alam Damai Sesi 2019/2020
3.1 Tn.Hj Khairul Hazamy selaku Yang dipertua PIBG terlebih dahulu memanjatkan
kesyukuran ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat bersama-sama
dalam satu kumpulan IbuBapa dan Guru melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG
kali ke-19. Beliau mengalu-alukan kedatangan Ibubapa dan Guru-guru ke
Mesyuarat kali ini. Mengucapkan terima kasih kerana memilih beliau sebagai
YDP PIBG SKAD sesi 2020/2021.
3.2 YDP mengulas akan komitmen para guru dan ibu bapa atas kesanggupan bersama-
sama menyumbang dana, tenaga dan masa dalam setiap aktiviti yang pihak
sekolah jalankan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada semua kerana
14

