Page 15 - AGM SKAD 2022
P. 15

pengorbanan yang dicurahkan sememangnya memerlukan komitmen yang tinggi
                          walaupun diketahui tidak mendapat sebarang bayaran.
                    3.3   Walaubagaimanapun  YDP  berharap  agar  IbuBapa  tidak  menggangu  perjalanan
                          pentadbiran  sekolah.  Pelbagai  perkara  perlu  diambilkira  dalam  melaksanakan
                          program-program sekolah mengikut SOP yang telah ditetapkan.
                    3.4   Walaupun  berdepan  pelbagai  cabaran,  PIBG  akan  terus  mengorak  langkah.
                          Terdapat  pelbagai  program  telah  dijalankan  oleh  pihak  PIBG  dan  pihak
                          sekolah.Antara  program-program  ialah  bulan  Mac  2020  telah  berlansungnya
                          Mesyuarat  Agung  Tahunan  kali  ke-18  telah  dijalankan  sebelum  PKP  1.0
                          diumumkan.
                    3.5   Beliau  menerangkan  tentang  penukaran  tandatangan  YDP,  S/U  dan  Bendahari
                          tidak  dapat  dilakukan  oleh  kerana  itu  akaun  peribadi  salah  seorang  AJK  PIBG
                          telah digunakan untuk mengadakan kutipan untuk Program Sumbangan Makanan
                          di Surau Ehsaniah.
                    3.6   Selain  itu  Program  Anjuran  bersama  Hotel  Aspira,  Program  Gunting  Rambut
                          dengan  SMK  Alam  Damai,  Program  Dengan  Parlimen  Bandar  Tun  Razak,
                          Program  Kilat  Untuk  Murid  Kematian  Ayahnya,  Tabung  Kilat  Adik  Aaron,
                          bapanya kena Brain Stroke, 2021 Program Bantuan Asnaf melalui Voucher Buku
                          dan  Kasut,  menaiktaraf  Astaka  dan  membaikpulih  padang,  menambah  satu
                          kawasan  untuk  Larian  Lompat  Jauh,  Penyerahan  Duit  Raya  Untuk  Anak-anak
                          Yatim, Tabung Kilat 2021 untuk 2 org anak murid SKAD yang ayahnya terlibat
                          kemalangan dan kemudiannya disahkan Positif Covid, Penyerahan Tablet kepada
                          10 org murid yg dipilh sebagai murid yang amat memerlukan untuk pdpr.
                    3.7   Insyaallah YDP menyatakan kita akan teruskan program-program seumpama ini di
                          tahun  seterusnya.  PIBG  ialah  satu  platform  untuk  suarakan  pendapat  dan
                          berbincang untuk meningkatkan kecemerlangan di dalam pelbagai bidang.
                    3.8   Kejayaan-kejayaan  dalam  bidang  akademik  dan  kokurikulum  menunjukkan
                          SKAD amat komited melahirkan murid-murid yang cemerlang dalam kedua-dua
                          aspek. Oleh itu  pihak sekolah mengharapkan ibu bapa sentiasa menyokong dan
                          memberi kerjasama kepada PIBG dan sekolah.
                    3.9   YDP  menyeru  semua  pihak  agar  memberikan  sepenuh  kerjasama  kepada  pihak
                          sekolah, guru-guru, ibu bapa dan juga PIBG. Memilih barisan AJK yang benar-
                          benar  komited  dan  berintegriti  untuk  memastikan  dana  digunakan  dengan  cara
                          yang berhemah.


                   4.  Perjalanan Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2021/2022

                   4.1 Membentangkan dan Menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 18
                   4.1.1  Pn.Norhashekin  Bt  Omar  selaku  Setiausaha  Kehormat  PIBG  Sesi  2020/2021
                          membentangkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke 18 bermula dari mukasurat 10
                          hingga 17. Boleh dirujuki di buku program digital yang telah disediakan.
                   4.1.2  Puan Nur Salsabila Binti Ishak mencadangkan minit mesyuarat ini disahkan. Puan
                          Wan Haryani Fauziah menyokong cadangan dari Puan Salsabila.
                   4.1.3  Kemudian  setiausaha  membentangkan  Laporan  Aktiviti  sepanjang  tahun
                          2020/2021. Hadirin boleh rujuk mukasurat 30 – 31.



                                                           15
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20