Page 62 - Terkini-Maklumat-Dadah-2017
P. 62
54 MAKLUMAT DADAH 2017
PERKHIDMATAN RAWATAN DAN
PEMULIHAN PENAGIH DADAH
OBJEKTIF Perkhidmatan ini adalah untuk memulihkan penagih dadah supaya
mereka bebas daripada kebergantungan fizikal dan psikologi
terhadap dadah.
PROGRAM PERKHIDMATAN Program ini menyediakan kemudahan untuk
PEMULIHAN DALAM memberi rawatan dan pemulihan kepada
INSTITUSI penagih di bawah melalui Perintah Mahkamah
Seksyen 6(1)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan
dan Pemulihan) 1983 dan secara sukarela di
bawah Seksyen 8(3)(a) Akta Penagih Dadah
(Rawatan dan Pemulihan) 1983.
Program Pemulihan Institusi ini dilaksanakan
di:
i. PUSPEN/Cure & Care Rehabilitation
Centre (CCRC);
PUSPEN/CCRC berperanan sebagai Pusat
Pemulihan yang menyediakan rawatan
dan pemulihan kepada penagih dadah
yang telah dijatuhkan perintah melalui
peruntukan seksyen 6(1)(a) Akta Penagih
Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983.
Setiap klien yang telah dijatuhkan perintah
akan ditempatkan sementara bagi melalui
proses saringan di Pusat Triage terlibat.
Alat Ujian ASSIST (Alcohol, Smoking and
Substance Involvement Screening Test)
digunakan sebagai mekanisme saringan
awal klien bagi menentukan Tahap
Keparahan penggunaan substance sebelum
klien dihantar ke PUSPEN/CCRC bagi
menjalani rawatan dan pemulihan selama
tempoh tidak melebihi 24 bulan (2 tahun).

