Page 64 - Terkini-Maklumat-Dadah-2017
P. 64

56       MAKLUMAT DADAH 2017



            Statistik Penagih Yang Dikesan Dan Berada Di Bawah Perkhidmatan Pemulihan
                                AADK Bagi Tahun 2014-2017
                   Perkhidmatan Pemulihan Dalam   Perkhidmatan Pemulihan Dalam
          Tahun
                            Institusi                      Komuniti
          2014               5,301                          42,228
          2015               6,406                          46,139
          2016               8,032                          52,386
          2017                6,748                         64,559


        Nota:
        Perkhidmatan Pemulihan Dalam Institusi
         
        Program ini menyediakan kemudahan untuk memberi rawatan dan pemulihan kepada
        penagih di bawah melalui Perintah Mahkamah Seksyen 6(1)(a) Akta Penagih Dadah
        (Rawatan dan Pemulihan ) 1983 dan secara sukarela di bawah Seksyen 8(3)(a) Akta Penagih
        Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. Program Pemulihan Institusi ini dilaksanakan di 20
        buah PUSPEN/Cure & Care Rehabilitation Centre (CCRC) dan 10 buah Klinik Cure & Care
        AADK (C&C).

        Perkhidmatan Pemulihan Dalam Komuniti
         
        Program ini menyediakan kemudahan untuk memberi rawatan dan pemulihan dalam
        komuniti kepada penagih melalui Perintah Mahkamah dan secara sukarela. Perkhidmatan
        pemulihan dalam komuniti dijalankan di AADK Daerah dan pusat penjagaan lanjutan di
        bawah kelolaan AADK.


        Pusat Pemulihan Dadah Persendirian (PPDP)
         
        Bagi tahun 2017, sejumlah 75 buah Pusat Pemulihan Dadah Persendirian (PPDP) yang
        aktif dan hanya 54 buah PPDP yang berdaftar untuk menjalankan aktiviti rawatan dan
        pemulihan dadah secara sukarela.
        Anggaran Kos pembiayaan sehari bagi seorang penghuni di Pusat Pemulihan seperti
        tertera di bawah:

        Anggaran Kos pembiayaan sehari bagi seorang penghuni di Pusat Pemulihan seperti
        tertera di bawah:
        i.   Perbelanjaan Makan/Minum                      RM 8.00
        ii.   Lain-lain perbelanjaaan
            (cth: Emolumen kakitangan, perkhidmatan & bekalan)   RM 37.00
                              Jumlah                       RM 45.00
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69