Page 63 - Terkini-Maklumat-Dadah-2017
P. 63

AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN • KEMENTERIAN DALAM NEGERI  55



                                        ii.   Klinik Cure & Care AADK (C&C).
                                           Klinik C&C AADK lebih tertumpu kepada
                                           perkhidmatan pemulihan dan rawatan
                                           penagihan  dadah  secara sukarela melalui
                                           seksyen 8(3)(a)  Akta  Penagih Dadah
                                           (Rawatan & Pemulihan) 1983. Perkhidmatan
                                           ini lebih terbuka kepada semua golongan
                                           sasar samada pengguna, penyalahguna dan
                                           penagih dadah. Minima tempoh rawatan
                                           bagi klien di Klinik C&C AADK adalah enam
                                           (6) bulan dan maksima adalah selama 24
                                           bulan (2 tahun). Perkhidmatan ini telah
                                           memberi peluang kepada individu yang
                                           bekerja (awam/swasta), masih bersekolah,
                                           pelajar kolej/universiti untuk mendapatkan
                                           rawatan awal apabila terlibat dengan
                                           masalah penagihan dadah.
                     PERKHIDMATAN       Perkhidmatan  pemulihan  dalam  komuniti
                     PEMULIHAN DALAM    melibatkan  Orang  Kena Pengawasan  (OKP)
                     KOMUNITI           di daerah dan juga penjagaan lanjutan di
                                        fasiliti AADK iaitu Pusat Integrasi Klien (PIK),
                                        Cure & Care Services Centre (CCSC) & Caring
                                        Community House (CCH).

                                        Program Pemulihan Institusi ini dilaksanakan
                                        di:
                                        i.   AADK DAERAH
                                        ii.   CURE & CARE SERVICE CENTRE (CCSC)
                                        iii.  PUSAT INTEGRASI KLIEN (PIK)
                                        iv.  CARING COMMUNITY HOUSE (CCH)
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68