Page 72 - Terkini-Maklumat-Dadah-2017
P. 72

64       MAKLUMAT DADAH 2017


        CURE & CARE SERVICE CENTRE (CCSC)

        CCSC atau dikenali sebagai Pusat Khidmat Pulih dan Prihatin adalah sebuah institusi terbuka
        dalam komuniti dan disasarkan kepada semua lapisan masyarakat yang menghadapi
        permasalahan dadah. Ia dikendalikan dengan lebih terbuka bertujuan mempercepatkan
        proses kepulihan dan seterusnya membantu bekas-bekas penagih kembali berfungsi
        semula sebagai individu yang lebih produktif dalam masyarakat.
         
        Kumpulan Sasar yang boleh mendapatkan
        perkhidmatan di CCSC terdiri daripada:

            Pengguna/Penyalahguna/Penagih Dadah;
            Orang Kena Pengawasan (OKP);
            Majikan/Pekerja; dan
            Seluruh rakyat Malaysia yang menghadapi permasalahan dadah.
   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77