Page 68 - Terkini-Maklumat-Dadah-2017
P. 68

60       MAKLUMAT DADAH 2017


               PROGRAM RAWATAN & PEMULIHAN DALAM INSTITUSI
          MODEL ISLAMIC SPIRITUAL REHABILITATION APPROACH (ISRA)


         PENGENALAN            þ    Model ISRA merupakan satu pendekatan psikospiritual
         ISRA                     bagi merawat dan memulihkan klien AADK daripada
                                  masalah ketagihan dadah yang berterusan;
                               þ    Satu pendekatan yang dibangunkan berasaskan kepada
                                  input-input spiritual ini dan adaptasi Model ISRA yang
                                  menggabungkan ciri-ciri ketuhanan dan pembangunan
                                  secara holistik dalam usaha merawat dan memulihkan
                                  penagih-penagih dadah.

                               þ    Pembersihan jiwa dan kendiri yang berteraskan kepada
         OBJEKTIF                 elemen-elemen ketuhanan dan amalan-amalan spiritual
         ISRA                     Islam  bersumberkan  al-Quran,  al-Sunnah  dan  amalan
                                  para ulama’ salafus soleh yang tidak bercanggah
                                  dengan prinsip-prinsip syariah;
                               þ    Meningkatkan keyakinan dan efikasi diri mengekalkan
                                  kepulihan dalam komuniti;
                               þ    Pengembalian kepada Allah dengan jalan taubat, dapat
                                  membina hubungan kehambaan yang jelas;
                               þ    Memberi ketenangan dan kedamaian kepada klien;
                               þ    Penekanan terhadap disiplin dan mematuhi arahan
                                  sebagai  langkah  utama  dalam  memastikan  fokus
                                  klien terhadap kepulihan mereka berada pada tahap
                                  maksima setiap masa;
                               þ    Mengembalikan kefungsian klien sebagai seorang insan
                                  yang berpegang teguh terhadap ajaran Islam yang
                                  sebenar.

         MODUL/PENDEKATAN      i.   Pendekatan  ISRA  dimantapkan  lagi  dengan  pelbagai
         PROGRAM ISRA             program dan aktiviti rawatan dan pemulihan sokongan
                                  dengan menggunakan modul psikososial. Gabungan
                                  kedua-dua pendekatan ini diyakini akan menghasilkan
                                  impak kepulihan yang lebih holistic;
                               ii.   Pendekatan psikospiritual ISRA ini menggabungkan
                                  Modul Tazkiyatul Al-Nafs dan Modul Psikososial;
                               iii.  Setiap modul masing-masing mengandungi 8 program
                                  teras dan sokongan yang dilaksanakan dengan
                                  menggunakan strategi dan kaedah seperti halaqah,
                                  modifikasi akhlak dan psikopendidikan.
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73