Page 73 - Terkini-Maklumat-Dadah-2017
P. 73
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN • KEMENTERIAN DALAM NEGERI 65
CARING COMMUNITY HOUSE (CCH)
CCH atau Rumah Komuniti merupakan sebuah premis yang beroperasi sebagai pusat
aktiviti kemasyarakatan yang digerakkan oleh masyarakat setempat melalui sebuah
jawatankuasa dikenali sebagai Ahli Jawatankuasa CCH (AJK CCH).
AJK CCH berperanan untuk mengurus dan mengendalikan program-program
kemasyarakatan dengan melibatkan pemimpin-pemimpin masyarakat, badan-badan
bukan kerajaan (NGO’s) dan lain-lain institusi/pertubuhan sosial setempat.
Program-program CCH yang digerakkan oleh masyarakat setempat adalah seperti berikut:
Kelompok Sokongan Sosial
Aktiviti Kemasyarakatan
Keagamaan & Kerohanian
Seminar/Kursus Kerjaya/Latihan Kemahiran
Pendampingan
Usaha untuk melaksanakan program rawatan dan pemulihan di CCH dilakukan melalui
kepakaran-kepakaran sedia ada dalam kalangan komuniti sebagai sokongan sosial kepada
‘recovering addicts’.
Sokongan sosial dari komuniti setempat ini dapat membantu bekas penagih dadah yang
berada dalam komuniti untuk terus kekal pulih.

