Page 81 - Terkini-Maklumat-Dadah-2017
P. 81
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN • KEMENTERIAN DALAM NEGERI 73
PROGRAM RAWATAN & PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
BAITUL ISLAH
PENGENALAN þ Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang merupakan
BAITUL ISLAH rakan strategik AADK yang sangat komited dalam
usaha membantu bagi menangani isu penagihan dadah
dalam membantu penagih-penagih tegar di dalam
Negeri Selangor Darul Ehsan;
þ Baitul Islah ialah sebuah pusat perlindungan, pemulihan,
rawatan, dan bimbingan agama Islam kepada penagih
tegar yang beragama Islam dan menghidap penyakit
HIV/AIDS di Negeri Selangor yang mana boleh
menempatkan seramai 44 orang;
OBJEKTIF þ Memenuhi tuntutan maqasid shariah iaitu untuk
BAITUL ISLAH menjaga kemaslahatan umat secara holistik khususnya
menjaga aqidah dan nyawa umat Islam yang terjerumus
dalam gejala sosial dan kancah penagihan dadah;
þ Membimbing penagih dadah yang menghidapi HIV/
AIDS agar tidak putus asa untuk menjadi insan yang
kembali kepada fitrah;
þ Membantu klien untuk kembali berfungsi dalam
masyarakat melalui proses rawatan dan pemulihan
ketagihan dadah yang dijalankan.
IMPAK PELAKSANAAN Baitul Islah dapat direalisasikan kerana ia memberikan
impak positif yang besar berhubung dengan maqasid
shariah yang mana sebelum ini kebanyakan penagih yang
menghidapi HIV mendapatkan perlindungan di tempat-
tempat perlindungan yang dikendalikan oleh NGO yang
bukan beragama Islam. Ia juga merupakan salah satu inisiatif
kerajaan dalam memberi dan menyampaikan perkhidmatan
secara terus kepada rakyat.

