Page 82 - Terkini-Maklumat-Dadah-2017
P. 82
74 MAKLUMAT DADAH 2017
PROGRAM RAWATAN & PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
RUMAH PERANTARAAN
PENGENALAN þ Perkhidmatan dalan komuniti diperluaskan melalui
RUMAH PERANTARAAN kejayaan penubuhan Rumah Perantaraan. Rumah
Perantaraan menggunakan pendekatan yang pelbagai
dalam rawatan dan pemulihan dalam memenuhi
keperluan kehidupan klien. Salah satu pendekatan yang
dilaksanakan adalah Re-Entry program;
þ Re-Entry merujuk kepada proses transisi yang dilalui
oleh seorang bekas penagih dadah dari institusi
pemulihan kembali kepada masyarakat. Penagihan
semula kebanyakan berlaku disebabkan oleh kegagalan
klien mempertahankan diri dalam proses tersebut.
Untuk membantu klien mengatasi masalah tersebut,
Rumah Perantaraan ditubuhkan;
þ Rumah Perantaraan ini berkonsepkan program berfokus
kepada klien (Re-Entry) yang baru dibebaskan dari
Pusat Pemulihan.
OBJEKTIF þ Memperkukuhkan potensi kepulihan klien yang telah
RUMAH PERANTARAAN menjalani proses rawatan dan pemulihan dalam
institusi;
þ Membina keupayaan klien dalam menghadapi rejeksi
masyarakat;
þ Menyedia, meningkat, dan membuka peluang kepada
klien dalam penempatan pekerjaan.
TEMPOH & MODUL þ Tempoh yang ditetapkan bagi seseorang klien menjalani
PELAKSANAAN program di Rumah Perantaraan adalah selama tiga (3)
RUMAH PERANTARAAN bulan. Tempoh tersebut boleh dilanjutkan sehingga tiga
(3) bulan seterusnya berdasarkan penilaian pegawai
dan persetujuan Pengarah AADK negeri.
þ Rumah Perantaraan ini menjalankan Program
Psikososial seperti berikut :
1. Modul Matriks
i. Bimbingan & Kaunseling
ii. Early Recovery
iii. Relapse Prevention
iv. Kelompok Sokongan Sosial
v. Program Kekeluargaan
vi. 12 Langkah
2. Psiko-Pendidikan
3. Keagamaan, Kerohanian dan Nilai-nilai Murni
4. Rawatan Perubatan dan Pendidikan Kesihatan
5. Latihan Kemahiran dan Penempatan Kerja
6. Integrasi Sosial

