Page 31 - MASTER BUKU PENGURUSAN 2022
P. 31
Manual Pengurusan Sekolah SKSL 2022/2023
7.2.3 Layak dipohon dan kelulusan atas budi bicara Guru Besar dengan syarat tidak menjejaskan
keberkesanan pengurusan pengajaan dan pembelajaran di sekolah
7.2.4 Mesti dipohon daripada Guru Besar dengan berjumpa secara peribadi bukan isi borang dan
tinggalkan kepada Pembantu Tadbir.
7.2.5 Isi borang setelah mendapat kebenaran.
7.2.6 Permohonan hendaklah dibuat lebih awal sekurang-kurangnya 7 hari sebelum, kecuali kes-
kes kecemasan (perlu maklum melalui telefon).
7.2.7 CUTI BUKAN ALASAN UNTUK MELEPASKAN TANGGUNGJAWAB. GURU BESAR
BERHAK MEMBATALKAN CUTI ATAU MEMANGGIL GURU KEMBALI BERTUGAS
SEKIRANYA PERLU.
RUJUK SPI: PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2017
7.3 CUTI SAKIT
7.3.1 Sijil Sakit yang dikeluarkan Oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-turut
hendaklah disahkan Oleh Pegawai PerubatanKerajaan.
7.3.2 Cuti sakit yang dikeluarkan Oleh doktor swasta tidak boleh melebihi15 HARI dalam
setahun.
7.3.3 Cuti sakit yang melebihi 90 HARI setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan
dilaporkan ke PPD/JPN dan KPM.
7.3.4 Semua jenis cuti sakit hendaklah diaporkan kepada PPD/ JPN dan KPM.
CUTI KELUAR NEGARA
Semua yang bercuti keluar negara mesti mendapatkan kelulusan. Borang permohonan perlu
diisi Oleh pemohon secara online di pejabat selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh
bercuti.
CUTI TANPA REKOD
Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti ganti kerana bekerja lebih masa, cuti latihan
pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/persatuan, latihan
syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan , mesyuarat persatuan Ikhtisas, mengambil
bahagian dalam sukan atau tugas khas perubatan
CUTI KHAS ISTERI BERSALIN
Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai Cuti tanpa rekod kepada anggota
perkhidmatan awarn lelaki_ Pengiraannya termasuk semua hari rehatdan
kelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5) kali dan tertakluk kepada
kepentingan perkhidmatan.
CUTI URUSAN KEMATIAN KELUARGA TERDEKAT
Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga hari sebagai cuti
tanpa rekod. Ahli keluarga yang diambil kira ialah: suami atau isteri, anak-anak, ibu dan bapa
kandung dan ibu dan bapa mertua. Pengiraan Cuti termasuk hari rehat dan kelepasan am.
Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
#SeLuiMenyengat “Memperkasakan Pendidikan Sekolah Berkualiti” 31

