Page 71 - MASTER BUKU PENGURUSAN 2022
P. 71
Manual Pengurusan Sekolah SKSL 2022/2023
Pengurusan
KURIKULUM
MATLAMAT KURIKULUM
Meningkatkan pencapaian akademik murid-murid ke tahap yang lebih cemerlang melalui program-program
yang dirancang dalam usaha ke arah melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berketrampilan
dan mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa berlandaskan kepada Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia.
OBJEKTIF
1. Memastikan semua murid dapat menguasai kemahran membaca, menulis, mengira dan menaakul
sebelum melangkah ke tahap 2.
2. Meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris kepada semua murid.
3. Memastikan nurid-rnurid didedahkan dengan kemahiran asas ICT.
4. Membudayakan tabiat suka membaca dalam kalangan murid-murid walau di mana mereka berada.
5. Mensasarkan semua murid-murid rnencapai sekurang-kurangnya TP3 dalam semua matapelajaran.
6. Memperkasakan warga pendidik tahap satu dan tahap 2 dalam usaha merealisasikan SIFAR murid yang
tidak boleh membaca dan mengira menjelang 2025.
7. Mengaplikasikan PdP PAK 21, i-Think dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pembelajaran
dan pengajaran.
SLOGAN KATA UNIT KURIKULUM
Berilmu. Beramal Asas Jati Diri Unggul
HALA TUJU UNIT KURIKULUM
GURU Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru.
Mengamal dan membudayakan PAK21 dan PLC dalam kalangan warga sekolah.
Meningkatkan tahap profesionalisme guru melalui pelaksanaan ladap.
Pengurusan kurikulum yang berkesan dan mantap
Peningkatan kualiti dan kuantiti dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) /
Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBD) Pentaksiran Standard Sekolah (PSS)
MURID Menjadikan 6 aspirasi murid (Pengetahuan, Kemahiran Berfikir,kemahiran
memimpin, kemahiran Dwibahasa, Etika dan kerohanian dan Identiti Nasional )
sebagai tonggak kecemerlangan dan kemenjadian murid berakhlak.
Pemantapan kualiti mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik bagi semua
murid.
MASYARAKAT Meningkatkan hubungan dan penglibatan komuniti dengan pihak sekolah
#SeLuiMenyengat “Memperkasakan Pendidikan Sekolah Berkualiti” 71

