Page 73 - MASTER BUKU PENGURUSAN 2022
P. 73
Manual Pengurusan Sekolah SKSL 2022/2023
2.0 PERUNTUKAN KEWANGAN MATAPELAJARAN (PCG)
2.1 Semua Ketua Panitia Mata pelajaran dikehendaki menyediakan Anggaran Perbelanjaan/
Perancangan Kewangan berdasarkan peruntukan yang diberi.
2.2 Anggaran Perbelanjaan dibuat mengikut format yang standard
2.3 Penyediaan Perbelanjaan perlu dibincangkan dalam mesyuarat panitia yang pertama.
2.4 Ketua Panitia perlu memastikan Anggaran Perbelanjaan yang merangkumi sumber
pendidikan, program/aktiviti peningkatan pelajaran, program pendidikan (lawatan/
keceriaan).
2.5 Panitia perlu memastikan peruntukkan bagi sumber pendidikan digunakan secara
optimum ( 60 % hingga 80% ) melibatkan semua tahun.
2.6 Peruntukkan untuk program pembelajaran melibatkan semua tahun.
2.7 Peruntukan kepada tahun lain dibenarkan jika sumber pendidikan bagi tahun lain telah
mencukupi atau untuk memenuhi keperluan bagi membeli sumber dalam kuantiti besar
tapi peruntukan yang diterima terhad.
2.8 Anggaran perbelanjaan panitia perlu diserah kepada GPK/Setiausaha Kurikulum
seminggu selepas mesyuarat
2.9 GPK/Setiausaha Kurikulum perlu menyemak anggaran tersebut untuk mengesahkan ia
telah dibuat dengan betul
2.10 Anggaran Perbelanjaan perlu di simpan dalam fail Panitia, fail kurikulum dan fail Ketua
Pernbantu Tadbir Kewangan (KPT)@ PT
2.11 KPT perlu memastikan pembelian barang yang dibeli oleh panitia sama seperti barang/sumber/
program yang dirancang dałam anggaran perberbelanjaan panitia.
2.12 Sumber program yang tidak tersenarai dalam anggaran perbelanjaan tidak boleh diluluskan
pembelian kecuali mendapat keizinan/ kelulusan daripada Guru Besar.
2.13 Peruntukkan untuk sumber pendidikan perlu dibelanjakan sebelum sesi Cuti pertengahan tahun
bermula. Keseluruhan Peruntukan memastikan dibelanjakan sehingga 90.00 % sebelum bulan
September bagi tahun semasa. Semua panitia menyumbang 5.0% untuk pembeliann sumber
hapus kira.
2.14 Pembelian sumber/program mesti mematuhi prosedur kewangan yang telah ditetapkan.
3.0 PENCERAPAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
3.1 Pencerapan Pembelajan dan Pengajaran dilaksanakan mengikut SPI.
3.2 Pencerapan dilaksanakan oleh Guru Besar, Penolong-Penolong Kanan, Guru Kanan Mata
Pelajaran, Guru Cemerlang dan Ketua
3.3 Peratus pencerapan oleh guru besar adalah 40% dan 60% barisan penolong kanan.
3.4 Instrumen pencerapan Pernbelajaran dan Pengajaran menggunakan Standard 4 SKPM penilaian
skor pencerapan menggunakan borang pencerapan (SPSK).
3.5 Tarikh, masa dan kelas guru yang dicerap berdasarkan jadual pencerapan yang disediakan pada
tahun semasa. Perubahan tarikh, masa dan kelas kepada kepeduan dan kehendak atas perkara-
perkara yang tidak dapat dielakkan
3.6 Maklumat pencerapan Pembelajaran dan Pengajaran guru dimaklumkan dari segi skor markah,
kekuatan dan kelemahan secara lisan/bertulis dan indivdu/berkelompok
3.7 Borang pencerapan perlu dibuat 4 salinan:
A) Fail pencerapan B) Fail panitia C) Guru yang dicerap D) Fail SPSK
3.8 Jawatankuasa Pencerapan/Jawatmkuasa Kurikulum Sekolah (JKS) perlu menganalisis data
pencerapan bagi menentukan skor keseluruhan, taraf pencerapan, kekuatan dan perkara-
perkara yang perlu diambil tindakan. Sebanyak 3 kali sepanjang tahun.
3.9 Data dan maklumat pencerapan perlu dipantau, lapor dan dibincangkan dalarn mesyuarat
kurikulum dan panitia sekolah.
3.10 Pencerapan:
Semua guru akan dicerap maksima dua kali (2) dalam setahun.
Pencerapan kali kedua adalah bagi matapelajaran yang berlainan
Guru yang markah pencerapan tidak mencapai 80% +++, akan diberi bimbingan dan dicerap
kali yang seterusnya oleh pentadbir yang sama atau berlainan (ikut keperluan).
Setiap mata pelajaran juga mesti dicerap sekurang-kurangnya sekali dalam tahun semasa.
Keutamaan adalah pada Ketua Panitia
#SeLuiMenyengat “Memperkasakan Pendidikan Sekolah Berkualiti” 73

