Page 74 - MASTER BUKU PENGURUSAN 2022
P. 74

Manual Pengurusan Sekolah SKSL 2022/2023


               4.0  SUMBER PENDIDIKAN
               4.1   Semua guru digalakkan menggunakan sumber pendidikan / Bahan Bantu Mengajar dalam
                   Pembelajaran dan Pengajaran daripada pelbagai bentuk samada media cetak,  ICT, alam sekitar
                   dan lain-lain.
               4.2  Internet adalah satu sumber pendidikan yang perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.


               5.0  TUGASAN DAN LATIHAN
               5.1  Setiap panitia perlu berbincang untuk membuat ketetapan tugasan dan latihan yang wajar dberikan
                   kepada murid-mrid dalam mesyuarat kali pertama.
               5.2  Semua ketua panitia berkumpul untuk berbincang bagi membuat ketetapan bersama satu salinan
                   ketetapan diserahkan kepada GPK untuk disahkan dan rekod.

               6.0  PENYEMAKAN BUKU/LATIHAN
               6.1  Guru mata pelajaran dikehendaki merekod semakan buku latihan murid menggunakan
                   borang SPSK yang telah ditetapkan.
               6.2  20 buah buku latihan/ BLA dihantar kepada GB/GPK untuk semakan mengikut jadual yang
                   telah ditetapkan.


               7.0  PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
                      Terdiri daripada 2 komponen iaitu Akademik dan Bukan Akademik.

               7.1.1   Akademik
                            Pentaksiran Sekolah iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dijalankan sepanjang tahun sesi
                     persekolahan bagi mengenalpasti Tahap Penguasaan murid.
                     Pentaksiran secara fomatif dan sumatif dijalankan melalui Pentaksiran Setara Standard Sekolah
                     (PSSTS) setahun bagi mengesan perkembangan , kemajuan dan penguasaan murid.

               7.1.2   Bukan Akademik
                      Pentaksiran Aktiviti  , Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik
                      (PPsi)

               8.0   RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN (RPT) DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH)
                8.1  Setiap guru perlu ada RPT mengikut mata pelajaran yang diajar. RPT hendaklah disusun
                   mengikut minggu / takwim tahun semasa.
                8.2  RPH wajib ditulis setiap hari sebelum Pembelajaran dan Pengajaran dijalankan mengikut format
                   yang telah ditetapkan
               8.3  Kegagalan menulis RPH adalah satu kesalahan yang boleh diambil tindakan tatatertib.

               9.0   BUKU REKOD MENGAJAR (BRM)

                 9.1  Perlu dilengkapkan makumat diri, takwim hari persekolahan dan jadual waktu mengajar.
               9.2  Guru hendaklah membaca Aku Janji serta beberapa maklumat dan pekeliling yang terdapat di
                        dalam BRM. Seterusnya hendaklah menurunkan tandatangan sebagai bukti guru telah baca dan
                        faham.
                9.3   BRM perlu dihantar untuk semakan dan ditandatangani oleh Guru Besar pada hari Jumaat atau
                        hari akhir setiap hujung minggu.
                9.4  Guru yang berkursus, bersalin atau bercuti PERLU menghantar BRM ke pejabat.

               10.    PERANCANGAN PROGRAM PANITIA
               10.1   Semua panitia perlu menjalankan program panitia yang telah dirancang mengikut jadual/tarikh.
                 10.2   Menulis catatan dalam plan operasi.
                 10.3   Hantar kertas kerja / laporan awal kepada GPK untuk semak/rekod.
                 10.4   Menyiapkan dokumentasi.


             #SeLuiMenyengat “Memperkasakan Pendidikan Sekolah Berkualiti”                                 74
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79