Page 26 - buku lengkap PENGAWAS SEK KEB AMPANGAN
P. 26

BADAN PENGAWAS SEKOLAH
                                                 SEKOLAH KEBANGSAAN AMPANGAN

              1: Etika Pemakaian Pengawas
              2: Pakaian Seragam Pengawas
              3: Peraturan Memakai Blazer
              4: Peraturan Aset Pengawas
              5: Kekemasan Pengawas


        1. Etika Pemakaian Pengawas

            1.1     Pakaian hendaklah bersih dan kemas mengikut peraturan sekolah
            1.2    Berpakaian lengkap dengan tanda nama, lencana sekolah,lencana
            pengawas dan bertali leher pengawas yang diikat rapi

            1.3   Pengawas lelaki perlu memasukkan kemeja ke dalam seluar, bertali
            pinggang biru  gelap dan lengan baju  tidak dilipat kecuali di dalam kelas
            1.4     Tali leher pengawas tidak boleh dipinjam kepada pelajar lain  atau
            kawan untuk dipakai
            1.5     Tali leher dipakai tidak terlalu labuh dan tidak pendek. Sebaiknya
            bersetentang dengan pusat.

            1.6     Pengawas perempuan tidak dibenarkan melipat lengan tangan
            1.7     Pengecualian bagi (digalakkan):
                 1.7.1     hari Rabu (hari Kokurikulum): pakaian uniform;
                 1.7.2    hari Selasa (hari 1 Murid 1 Sukan): pakaian sukan sekolah

            1.8       Pengawas perlu mematuhi dan akur dengan  peraturan pemakaian
            pengawas selagi masih berada di kawasan sekolah


        2. Pengawas Perempuan
        2.2.1    Berbaju kemeja biru dan berkain biru gelap

        2.2.2    Bertudung biru dan melepasi paras bahu
        2.2.3    Anak tudung berwarna hitam

        2.2.4    Pengawas non-Muslim boleh memakai kemeja  lengan panjang dan
        bertali leher dengan skirt   labuh / pendek melepasi paras lutut
        2.2.5     Kasut dan stoking berwarna hitam

        2.2.6     Pada hari Jumaat, digalakkan memakai baju  kurung
                                                                             26
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31