Page 27 - buku lengkap PENGAWAS SEK KEB AMPANGAN
P. 27
BADAN PENGAWAS SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN AMPANGAN
3. Peraturan Memakai Blazer
3.1 Blazer hanya boleh dipakai ketika majlis rasmi sekolah, perhimpunan rasmi
dan sepanjang waktu persekolahan pada hari Isnin.
3.2 Hendaklah sentiasa dibutangkan dan dipakai lengkap dengan pakaian
seragam sekolah dan bertali leher.
3.3 Penggunaan blazer hanya untuk dipakai oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi
Pengawas Sekolah sahaja.
3.4 Urusan peminjaman blazer oleh anggota pengawas atau bukan
pengawas, hendaklah terlebih dahulu mendapat persetujuan Guru Penyelaras
Lembaga Pengawas.
3.5 Blazer perlu sentiasa disimpan rapi di Bilik Gerakan Pengawas. Kecuali
mendapat persetujuan Guru Penyelaras Lembaga Pengawas untuk membawa
keluar dari bilik tersebut.
3.6 Sekiranya berlaku kejadian di luar jangkaan seperti kecemasan, blazer
boleh diserahkan kepada pengawas yang bertanggungjawab untuk
mengembalikannya ke tempat asal.
3.7 Semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran sedang berjalan, pengawas
dibenarkan untuk memakai atau menanggalkan blazer.
3.8 Menghormati blazer dan memastikan kekemasan blazer dijaga.
3.9 Lengan blazer tidak boleh dilipat atau digulung.
4: Peraturan Aset Pengawas (Lencana, Pen, Buku Nota dan Jam)
4.1 Setiap pengawas perlu sentiasa memakai lencana pengawas
4.2 Pengawas perlu mempunyai sekurang-kurangnya sebatang pen yang
dapat berfungsi, sebuah buku nota bersaiz kecil dan jam (tepat mengikut
jam loceng sekolah
4.3 Pastikan tiada sebarang tulisan di dalam buku nota pengawas kecuali
kesalahan pelajar sahaja.
4.4 Sekiranya buku nota pengawas sudah nipis (kurang daripada 3 helai),
sila gantikan dengan buku nota yang baharu secepat mungkin.
27

