Page 29 - buku lengkap PENGAWAS SEK KEB AMPANGAN
P. 29
BADAN PENGAWAS SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN AMPANGAN
ADAKAH KAMU SEORANG PENGAWAS?
• Anda mesti bersikap jujur dan tidak pentingkan pujian.
• Seorang pengawas mestilah berani memberi soalan dan jawapan
yang difikirkan baik.
• Seorang pengawas haruslah bersikap positif dan terbuka bagi
memberi sebarang tindakan.
• Anda mestilah terdiri daripada orang yang amanah sehingga dapat
pikul tanggungjawab.
• Anda tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi
mengakui kelemahan diri
1. Menjaga nama baik Lembaga Pengawas
2. Menghormati Ketua Pengawas, Penolong, Ketua Pengawas serta
sesama ahli Lembaga Pengawas.
3. Menjaga kelakuan agar menjadi teladan kepada pelajar lain.
4. Bertanggungjawab untuk mempertingkatkan tahap disiplin sekolah
5. Berpakaian bersih dan kemas setiap masa
6. Menjalankan tugas dengan cekap
7. Sedia membantu guru dan sesiapa sahaja pada setiap masa
8. Sentiasa menghadirkan diri dalam Mesyuarat Lembaga Pengawas
9. Mengikuti segala aktiviti pengawas
10. Mengemukakan rasa tidak puas hati menggunakan saluran yang betul
11. Menunjukkan sikap positif dalam pembelajaran
12. Sentiasa mengamalkan sikap musyawarah sesama ahli Lembaga
Pengawas
13. Mengamalkan sikap kerjasama dan toleransi sesama ahli Lembaga
Pengawas
29

