Page 18 - T2 IBADAH - SOLAT BERJEMAAH..MASBUK MUAFIQ
P. 18
MASBUQ
Takrif Masbuq:
Merujuk Kamus Istilah Fiqh, masbuq bererti orang yang datang lambat
ketempat solat berjemaah, sedangkan imam sudah menyelesaikan satu
rakaat lebih, tetapi belum mengucapkan salam.
Menurut Al Ustaz Dato’ Hj Ismail Kamus, masbuq ialah, makmum yang
ketinggalan (tidak sempat takbiratul ihram bersama imam) dan tidak
mendapat masa yang cukup untuk membaca fatihah bersama imam. Ini
di sebabkan semasa ia masuk berjemaah, imam sedang rukuk atau
hampir-hampir akan rukuk.
Contoh: apabila seseorang makmum memasuki solat jemaah, lalu ia
takbiratul-ihram dan mendapati imam sedang rukuk, maka perlu
makmum mengikuti rukuk imam itu dengan tanpa wajib menyelesaikan
rukun fatihah

