Page 20 - T2 IBADAH - SOLAT BERJEMAAH..MASBUK MUAFIQ
P. 20

PERBAHASAN MASBUQ






                         1. Sekiranya makmum sempat mengikuti rukuk imam dengan sempurna

                                  (sekadar dapat menyentuh lutut) sebelum imam bangun untuk iktidal,

                                  dikira makmum sudah mendapat rakaat ("muwafiq"). Jika makmum

                                  tidak sempat menyempurnakan rukuk, atau makmum memasuki

                                  solat sesudah imam rukuk (iaitu semasa sujud, atau duduk tahiyyat

                                  dan sebagainya) maka tidaklah dikira ia mendapat rakaat itu

                                  ("masbuq").





                         2.     Sekiranya makmum hanya sempat masbuq di tahiyyat akhir,

                                  tidaklah ia perlu membaca doa dalam tahiyyat akhir kerana doa

                                  tahiyyat itu disunatkan hanya untuk orang yang bertasyahhud akhir.

                                  Makmum yang masbuq itu juga diperbolehkan duduk iftirasy seperti
                                  di dalam rakaat kedua. Setelah solat berakhir dan imam memberi

                                  salam maka makmum tersebut hendaklah bangun dan

                                  menyelesaikan solatnya dengan menambah rakkatnya yang

                                  tertinggal.
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25