Page 21 - T2 IBADAH - SOLAT BERJEMAAH..MASBUK MUAFIQ
P. 21

3.        Jika makmum sedang takbir lalu imam memberi salam, maka makmum ditegah

                                          duduk kerana duduk itu mengikut imam, dan imam telahpun selesai solatnya. Jika
                                          makmum itu duduk dengan sengaja dan tahu akan tegahannya maka batallah

                                          sembahyang itu.




                                4.        Dalam solat Subuh, makmum masbuq mestilah berqunut sekali lagi untuk dirinya di

                                          rakaat keduanya meskipun ia telah berqunut bersama imam di awal sembahyang

                                          tadi.




                                5.        Dalam solat Jumaat pula, sekiranya makmum sempat mendapat rakaat kedua
                                          dengan ia sempat rukuk bersama imam, maka dikira ia mendapat solat Jumaat itu

                                          dan hanya perlu menyelesaikan jumlah dua rakaat sahaja. Tetapi sekiranya

                                          makmum tidak sempat rukuk dalam rakaat terakhir solat Jumaat, maka ia dikira

                                          solat Zuhur dan perlulah menyempurnakan jumlah empat rakaat.




                                6.        Kesimpulannya orang yang masbuq tidak wajib membaca fatihah melainkan kalau
                                          ia berkesempatan untuk membacanya, maka hendaklah ia membaca dalam kadar

                                          semampunya hingga imam rukuk.
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26