Page 14 - TAZKIRAH RAMADAN 2022
P. 14

Kanak-kanak digalakkan berpuasa ketika umur
            mencecah tujuh tahun sekiranya mampu. Ini adalah
            untuk membiasakan mereka dengan ibadat itu.  Tetapi
            hendaklah dipukul sekiranya mereka tidak  berpuasa apa-
            bila umur sudah mencapai sepuluh tahun. Hukum ini
            berdasarkan hukum qiyas dalam mendidik anak-anak
            mendirikan solat.
               Seandainya mereka telah baligh dan tidak pernah  berpuasa
            sebelum itu, maka tidak diwajibkan untuk  menggantikan apa
            yang telah ditinggalkan ketika masih kanak-kanak. Hal ini
            kerana qada puasa hanya diwajibkan untuk sesuatu yang baru
            sahaja. Ini bermakna, kanak-kanak yang baru baligh atau
            cukup umur, tidak perlu qada puasa yang sebelum itu.



             Berakal


            SALAH satu syarat wajib puasa adalah orang yang  berakal.
            Manakala orang yang gila, orang yang berada dalam keadaan
            tidak sedarkan diri dan kanak-kanak yang belum mumaiyiz
            (masih belum dapat membezakan baik atau buruk akan
            sesuatu perkara), tidak diwajibkan puasa kepada golongan
            ini. Ali bin Abi Talib r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w
            bersabda:

                 Ä__¦Ê  ˬ  ¬__»JÌ Ò__NY  v__ºA Ä__¦  :  Ñ__QÜQ Ä__¦ À__»³ºA ¨__®i
                             ´Í¯Ì ÒNY ÅËà A Ä¦Ê  ˬ  ¤³ÍNnÌ ÒNY ÀÕBúA







                                      14
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19