Page 19 - TAZKIRAH RAMADAN 2022
P. 19

Pengecualian

                     Puasa Ramadan









              SLAM adalah agama yang mudah dan tidak  menyusahkan
            Isetiap umatnya. Oleh kerana itu, Islam membolehkan
            umatnya untuk  berbuka puasa pada siang hari bagi individu
            yang  mempunyai kesusahan atau keuzuran seperti berikut:


            Sakit

            SAKIT merupakan musibah yang menimpa  manusia. Orang
            sakit yang khuatir sekiranya puasa akan  menambahkan lagi
            kesakitan, lambat sembuh atau  mendatangkan gangguan
            dan kemudaratan kepada dirinya, maka tidak wajib bagi
            mereka untuk berpuasa tetapi perlu menggantikannya apa-
            bila kembali sihat.
               Sakit bukanlah dilihat daripada lemahnya seseorang
            untuk berpuasa, tetapi dilihat daripada kemudaratannya
            yang jelas untuk meneruskan berpuasa. Dibolehkan untuk
            tidak berniat puasa pada malam hari, tetapi jika pada sebelah
            siangnya dia mampu berpuasa, maka puasanya diterima.



                                      19
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24