Page 15 - TAZKIRAH RAMADAN 2022
P. 15
Maksudnya:
“Terlepas hukum dari tiga golongan: Daripada
seorang bayi sehingga dia baligh, daripada seorang
yang sedang tidur sehingga dia terjaga dan dari-
pada seorang yang gila sehingga dia kembali
waras.” - Hadis riwayat Abu Daud, Hakim, Ahmad, Darimi
dan Baihaqi
Terdapat beberapa situasi berkaitan dengan syarat wajib
ini antaranya:
1. Apabila orang yang gila kembali sembuh, maka tidak
wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan ketika
tidak waras sama ada gilanya itu sekejap ataupun lama.
2. Sekiranya pada sebelah siang Ramadan seorang kafir
telah memeluk Islam atau orang yang gila kembali
sembuh atau seorang kanak-kanak telah baligh (yang
mana sebelum itu golongan ini telah berbuka puasa),
maka disunatkan bagi mereka untuk berpuasa pada
separuh hari yang masih berbaki untuk menghormati
waktu tersebut. Tetapi ini bukanlah suatu kewajipan
bagi mereka.
3. Orang yang pengsan dan akalnya telah hilang juga tidak
diwajibkan berpuasa kerana puasanya tidak sah. Tetapi,
wajib mengqada puasa itu apabila dia kembali sedar. Ini
kerana, pengsan termasuk dalam kategori sakit.
15

