Page 37 - TAZKIRAH RAMADAN 2022
P. 37
“Umatku tidak akan terhapus daripada kebaikan
selagi dia menyegerakan berbuka dan melewatkan
sahur.” - Hadis riwayat Ahmad
Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa:
“Nabi s.a.w dan Zaid bin Harithah bersahur
bersama-sama. Apabila selesai bersahur, Nabi
bangun lalu bersembahyang. Kami bertanya kepada
Anas: Berapakah jarak masa kekosongan di antara
sahur dan masuknya waktu sembahyang? Anas
menjawab: Kadar seorang lelaki membaca al-Quran
sebanyak 50 ayat.” - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
7. Mandi Hadas Besar
Orang yang berpuasa disunatkan mandi selepas berjunub
sebelum terbit fajar supaya bersih bermula dari awal
Ramadan. Sekiranya dia tidak mandi, puasanya tetap sah
kerana berjunub pada malam hari tidak membatalkan
puasa. Tetapi seelok-eloknya disegerakan mandi.
Sebagaimana yang diriwayatkan Aisyah r.a:
“Bahawa Nabi s.a.w berada dalam keadaan berjunub
disebabkan jimak, bukan mimpi. Kemudian baginda
mandi dan berpuasa.” - Hadis riwayat Bukhari, Muslim
dan Ummu Salamah
37

