Page 43 - TAZKIRAH RAMADAN 2022
P. 43

12 rakaat sehari semalam iaitu: Dua rakaat sebelum
               subuh, empat rakaat sebelum zuhur, dua rakaat selepas
               zuhur, dua rakaat sebelum asar dan dua rakaat selepas
               maghrib.


                    Berkenaan dengan pahala solat sunat, Rasulullah
                 s.a.w bersabda:


                 “Barang siapa yang solat dalam satu hari satu
                 malam 12 rakaat, selain solat wajib, dibangunkan
                 untuknya sebuah rumah di syurga.” - Hadis riwayat
                 Muslim



            2.  Meningkatkan kualiti puasa. Imam Ghazali dalam
               kitabnya, Ihya Ulumuddin membahagikan puasa kepada
               tiga peringkat iaitu:
               Pertama: Puasa Awam (ÁA˦  ), iaitu menahan makan,
               minum dan syahwat pada siang hari bulan Ramadan.

               Kedua: Puasa Khawas (xAËa ), iaitu puasa anggota
               badan seperti mata, tangan, kaki dan telinga daripada
               melakukan sesuatu yang haram.

               Ketiga: Puasa Khawas al-Khawas (xAˈA xAËa ),
               iaitu mengikat hati dengan kecintaan dan mengharapkan
               hanya balasan ALLAH S.W.T, membenci perkara-
               perkara mungkar, menumpukan hati dengan ketaatan
               dan zikir  kepada-NYA.





                                      43
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48