Page 39 - TAZKIRAH RAMADAN 2022
P. 39
Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a:
“Bahawa Jibril a.s berjumpa dengan Nabi s.a.w pa -
da setiap tahun dalam bulan Ramadan sehingga lah
ber pisah, Nabi s.a.w membawa kepadanya al-
Quran.” - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Disunatkan juga untuk memperbanyakkan solat
sunat dan bertahajud. Sebagaimana yang diriwayatkan
Abu Hurairah r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w selalu menggalakkan untuk bangun
malam pada bulan Ramadan, baginda memerintah-
kan sahabat-sahabatnya dengan keazaman: Barang
siapa melakukan solat malam pada saat lailatulqadar
kerana iman dan mengharap pahala ALLAH S.W.T,
nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”
- Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Orang yang berpuasa juga disunatkan untuk beriktikaf
di masjid dan diisi dengan ibadat-ibadat ter utamanya
pada sepuluh malam terakhir Ramadan. Nabi s.a.w juga
sentiasa menantikan sepuluh malam yang terakhir itu.
Sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis yang ber-
maksud:
“Nabi s.a.w bersungguh-sungguh pada sepuluh
hari terakhir yang mana baginda tidak bersungguh-
s ungguh pada hari yang lain.” - Hadis riwayat Muslim
39

