Page 38 - TAZKIRAH RAMADAN 2022
P. 38
Begitu juga diwajibkan kepada wanita untuk ber-
suci apabila telah kering darah haid atau nifasnya.
8. Memperbanyakkan Amalan Kebaikan
Disunatkan bagi orang yang berpuasa untuk
mem per banyakkan amal kebajikan seperti sedekah dan
ber belanja ke arah perkara kebaikan yang pastinya
amalan-amalan itu dikurniakan ganjaran daripada
ALLAH S.W.T. Kita juga disuruh supaya menjadikan
Rasulullah s.a.w sebagai contoh dalam melakukan
kebaikan pada bulan Ramadan.
Sebagaimana yang diriwayatkan Anas r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w ditanya: Wahai Rasulullah,
yang mana satukah sedekah yang paling baik?
Rasulullah s.a.w menjawab: Sedekah pada bulan
Ramadan.” - Hadis riwayat Tarmizi
Selain itu disunatkan juga supaya berbaik-baik se sama
kaum keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga ter-
utama pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan agar
jalinan ukhwah antara satu sama lain dapat di eratkan.
Begitu juga dengan amalan membaca al-Quran
dan bertadarus kerana daripadanya kita dianugerahkan
pahala daripada setiap huruf yang dibaca. Rasulullah
s.a.w semasa hayatnya juga sentiasa memperbanyakkan
bacaan al-Quran pada bulan Ramadan dan baginda
bertadarus bersama Jibril a.s.
38

