Page 85 - T2 NOTA PENDIDIKAN ISLAM KSSM
P. 85

Sayang Allah SWT       kerana Allah SWT maha pemberi
                                             rahmat dan nikmat.


                                             Sayang Rasulullah SAW       kerana Baginda sanggup
                                             menanggung pelbagai ujian ketika menyampaikan dakwah
                                             Islam.


                     TUNTUTAN                Sayang ibu bapa       kerana ibu melahirkan dan ayah
                                             memberi nafkah. Mereka mengasihi dan mendidik anak-
                      BERKASIH               anak.
                       SAYANG


                                             Sayang semua orang Islam        kerana mereka saudara

                                             seagama. Kasih juga kepada orang bukan Islam kerana

                                             kehadiran mereka memberi peluang untuk berdakwah dan

                                             menambah kebajikan.


                                             Sayang flora dan fauna       . Flora menjadikan hidup lebih
                                             indah dan ceria. Fauna pula mengekalkan keseimbangan
                                             ekosistem

                CARA MENYUBURKAN SIFAT BERKASIH SAYANG YANG DIREDAI ALLAH SWT.

                           • Tolong-menolong ke arah kebaikan dan berpesan dengan kebenaran.
                       1

                           • Bersangka baik dan menutup aib orang lain.
                       2

                           • Menjaga tutur kata supaya tidak menyakiti hati dan perasaan.
                       3

                       4   • Memberi hadiah dan menziarahi anggota keluarga, guru dan rakan.

                           • Menghormati yang lebih tua dan mengasihi yang muda.
                       5

                           • Merendah diri kepada orang lain.
                       6


                HIKMAH SIFAT KASIH SAYANG DALAM KEHIDUPAN
                     ✓  Memenuhi tuntutan agama kerana Allah SWT dan Rasulullah SAW mengajar umat
                         Islam berkasih sayang. Sebagai muslim, kita dituntut mencintai Allah SWT dan Rasul-
                         Nya lebih daripada segala-galanya.
                     ✓  Merai perasaan cinta mengikut peraturan dan bimbingan agama. Contohnya,
                         mencintai harta. Islam menggariskan cara mendapatkan harta dan sumber
                         perolehan harta hendaklah halal dan digunakan pada jalan yang betul dan baik.




                                                                                                         7
   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90