Page 86 - T2 NOTA PENDIDIKAN ISLAM KSSM
P. 86
PELAJARAN
26 MULIAKAN IBU BAPA BAHAGIAKAN KELUARGA
(AKHLAK ISLAMIAH)
HARI : _______________ TARIKH : ______________
DALIL NAQLI KEWAJIPAN BERADAB KEPADA IBU BAPA.
Allah SWT mewajibkan umat Islam supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa.
Firman Allah SWT :
ﲕ ﲔ ﲓ ﲒ ﲑ ﲐ ﲏ ﲎ ﲍﲌ ﲋ ﲊ ﲉ ﲈ ﲇ ﭐﱡﭐ ﲆ
ﲦ ﲥ ﲤ ﲣ ﲢ ﲡ ﲠﲟ ﲞ ﲝ ﲜ ﲛ ﲚ ﲙ ﲘ ﲗ ﲖ
٣٦ :ءاسنلا ﱠ ﲩ ﲨ ﲧ
Maksudnya : Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Allah dengan sesuatu.
Hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang
miskin dan jiran tetangga yang dekat dan yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga
hamba sahaya yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur dan
membanggakan diri.
Hadis daripada Abdullah bin ‘Amru, Rasulullah SAW bersabda:
ِِ
َّ دلاوْ لاَّطخسَّفَِّبرلاَُّ طخسوَّدلاوْ لاَّىضرَّفَِّبرلاَّىضر
َّ )يذمترلا( ََََََّّّّّّ ِِ َ ِ َ َ ِ ِ َ َ َ َ َ ِ ِ ِ َ ِ
Maksudnya : Reda Tuhan (Allah SWT) terletak pada reda ibu bapa dan kemurkaan Tuhan (Allah SWT) terletak pada
kemarahan ibu bapa.
Setiap anak wajib berkasih sayang terhadap ibu bapa. Contohnya
sentiasa menjaga hati dan perasaan serta tidak membenci mereka.
Perihatin dan mengambil berat dengan selalu bertanya khabar serta
HATI
menghulurkan bantuan yang diperlukan.
CARA BERADAB KEPADA IBU BAPA DAN KELUARGA
Hormat-menghormati antara satu sama lain dengan memupuk kasih
sayang dan membina keluarga bahagia. Contohnya, selalu ceria dan
menunjukkan muka manis di hadapan mereka.
Bersopan santun. Bercakap dengan nada suara dan intonasi yang
lemah lembut. Contoh tidak meninggikan suara dan marah.
Tidak menyanggah percakapan ibu bapa. Mendengar dengan penuh
PERCAKAPAN perhatian, jika tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan diam
sahaja.
Menggunakan suara yang lembut bagi menyenangkan hati dan
menjaga perasaan mereka.
Selalu menziarahi ibu bapa dan keluarga jika tinggal berasingan.
Dengan mengunjungi mereka, dapat menghilangkan perasaan rindu
terhadap anak dan cucu.
Menjaga hubungan baik dengan kawan ibu bapa dapat mengeratkan
silaturahim dalam masyarakat.
TINGKAH LAKU
Merawat dan menjaga ibu bapa yang sakit dan tua. Contohnya
membawa mereka ke hospital untuk mendapat rawatan yang
sepatutnya.
Memberikan nafkah atau perbelanjaan kepada ibu bapa.
8

