Page 90 - T2 NOTA PENDIDIKAN ISLAM KSSM
P. 90
HAK DAN KEWAJIPAN TERHADAP JIRAN.
KATEGORI
HAK KEWAJIPAN
JIRAN
• Muslim • Mendapat ketenangan, keselesaan dan
Muslim dan • Kerabat keselamatan seperti memanggil jiran dengan
Kerabat
• Jiran suara yang sesuai.
Muslim • Muslim • Memberi nasihat, mengajak jiran membuat
yang bukan • Jiran perkara yang baik dan mencegah perkara
kerabat mungkar.
• Jiran • Mengambil berat terhadap penderitaan yang
Bukan ditanggung oleh jiran.
Islam • Tidak mengintai aurat jiran.
• Menjaga rumah jiran ketika ketiadaannya.
KEWAJIPAN BERJIRAN YANG PERLU DIAMALKAN DALAM KEHIDUPAN HARIAN.
✓ Bertegur sapa.
✓ Menggembirakan jiran dan mengucapkan tahniah apabila mendapat nikmat.
✓ Berbuat baik dan tidak menyakiti.
✓ Menjaga harta benda jiran dan meminta izin jika hendak menggunakannya.
✓ Saling memberi hadiah.
✓ Menghormati antara satu sama lain.
✓ Tidak berhasad dengki dengan kelebihan jiran.
✓ Berbicara mengikut keperluan.
✓ Menjaga maruah diri dan tidak mengumpat antara satu sama lain.
✓ Memastikan jiran selesa dan aman.
✓ Melahirkan simpati terhadap kesusahan jiran.
HIKMAH MENGAMALKAN ADAB BERJIRAN DALAM KEHIDUPAN.
a) Hidup dalam keadaan aman dan damai kerana masing-masing telah
mengamalkan tanggungjawab yang sewajarnya. Contohnya membantu ketika
diperlukan.
b) Maruah diri dan keluarga terjaga kerana tidak ada sifat bersangka buruk
antara jiran tetangga.
c) Sentiasa berasa selamat dan selesa hidup berjiran kerana saling
menghormati dan menjaga keselamatan. Contohnya membuat rondaan berkala
secara bergilir.
d) Kemungkaran mudah dicegah dengan mengukuhkan hubungan silaturrahim
antara jiran.
e) Melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan hormat menghormati kerana
masing-masing menjaga adab berjiran seperti yang tua dihormati dan yang muda
disayangi.
f) Menikmati keamanan dan keharmonian kerana semua rakyat memahami
tanggungjawab masing-masing.
12

