Page 105 - T4 PAI NOTA LENGKAP BUKU TEKS
P. 105

NOTA LENGKAP BUKU TEKS  PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4


               3.  HARUN AL RASHID BIN MUHAMMAD AL MAHDI BIN AL MANSUR
                    BIN AL-'ABBAS

                 Khalifah ke-5           1.  Memperkemas sistem percukaian Islam berpandukan kitab Al-
                 Memerintah 23 tahun        Kharaj.
                 Tempoh 170H-192H        2.  Mewujudkan jawatan ketua Hakim negara (Qadhi al-Qudhat).
                                          3.  Membina Baitul Hikmah (Perpustakaan Agong).
                                          4.  Menjadikan  Baghdad  sebagai  pusat  tumpuan  perdagangan,
                                             keilmuan, dan kebudayaan.
                                          5.  Membina  kemudahan  awam  seperti  farmasi  dan  pusat
                                             pengajian.
                                          6.  Menubuhkan  majlis  Al  Munawwarah  sebagai  pusat
                                             penyelidikan ilmu agama.


               4.  ABU JAAFAR ABDULLAH AL-MAKMUN BIN HARUN AL-RASYID

                 Khalifah ke-7           1.  Mempergiat usaha penterjemahan karya daripada bahasa asing
                 Memerintah         20      seperti Yunani dan Rom ke dalam bahasa Arab.
                       tahun.             2.  Menjadikan  Baitul  Hikmah  sebagai  pusat  penterjemahan
                 Tempoh 198H-218H           Negara.
                                          3.  Membina Balai cerap sebagai pusat penyelidikan ilmu.
                                          4.  Menyediakan biasiswa kepada pelajar pelajar cemerlang.


               SPEKTRUM ILMU

               Baitul  Hikmah  ialah  perpustakaan  terulung  yang  menempatkan  terjemahan  pelbagai  karya
               asing seperti bahasa Yunani, Parsi, Cina, dan India ke dalam bahasa Arab


               FAKTOR KEGEMILANGAN KERAJAAN ABBASIAH

                                      Galakkan  Khalifah  yang  memberikan  peruntukan  khas  melalui
                                      Baitulmal untuk para ulama menjalankan aktiviti dakwah.
                                      Semangat jihad  yang tinggi dalam menguasai pelbagai bidang ilmu
               1. AGAMA               seperti  ilmu  bahasa  sains.  kejuruteraan  dan  perubatan,  berjaya
                                      memartabatkan Tamadun Islam.
                                      Peranan  institusi  pendidikan  seperti  masjid  dan  istana  Khalifah
                                      sebagai pusat pengajian ilmu Islam dan penyebaran dakwah
                                      Kebijaksanaan Khalifah Abu Jaafar al-Mansur menjadikan Baghdad
                                      sebagai pusat pentadbiran Negara.
                                      Pemberontakan dan perbalahan daripada golongan Syiah di Baghdad
               2. POLITIK
                                      dan golongan utara dan selatan Syria berjaya dihapuskan.
                                      Kestabilan  politik  Kerajaan  Abbasiah  mendorong  Khalifah
                                      memajukan Negara.








               105 |                                                                                                s y a b a s 1 8 1 @ g m a i l . c o m
   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110