Page 106 - T4 PAI NOTA LENGKAP BUKU TEKS
P. 106
NOTA LENGKAP BUKU TEKS PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4
Kedudukan berada di tengah-tengah laluan perdagangan dari timur
dan barat menjadikannya sebagai pusat tumpuan aktiviti
perdagangan.
Sektor pertanian Perindustrian dan perdagangan berjaya
mendominasi pasaran Antarabangsa kerana berupaya memenuhi
3. EKONOMI permintaan pasaran semasa.
Inisiatif Khalifah membina Empangan pusat-pusat perniagaan dan
rumah api sebagai prasarana pertanian dan perdagangan.
Sumber dan pengurusan Baitulmal yang sistematik menyebabkan
kerajaan dapat menyediakan prasarana dan peluang pekerjaan
untuk rakyat
Layanan yang adil daripada Khalifah dengan menghapuskan
penindasan dan perhambaan
Kebebasan mengamalkan agama mewujudkan suasana Harmoni
4. SOSIAL dalam kalangan masyarakat.
Orang yang bukan Islam khususnya orang Parsi diberikan peluang
memegang jawatan utama dalam pentadbiran negara seperti
jawatan Perdana Menteri
Strategi peperangan yang mantap seperti strategi Al karadis setelah
berjaya mengalahkan serangan musuh.
Inovasi peralatan peperangan yang moden dan canggih ketika itu
seperti manjanik, dababah, dan Barud.
5.KETENTERAAN
Keperihatinan pemimpin menjaga kebajikan tentera diutamakan
melalui pemberian gaji dan bonus.
Dasar keterbukaan keanggotaan tentera kepada orang bukan Arab
seperti parti dan terbukti berjaya mengukuhkan kekuatan pasukan
Aktiviti penterjemahan bahasa asing ke dalam bahasa Arab
menggalakkan penguasaan dan kemahiran pelbagai disiplin Ilmu.
Perkembangan pelbagai bidang ilmu berjaya melahirkan ramai
Sarjana dan ilmuwan Islam seperti Ibnu Sina, Jabir al-Hayyan dan
al-Idrisi.
6. PENDIDIKAN
Galakan Khalifah seperti al-Makmun dengan memberi biasiswa
kepada pelajar cemerlang.
Kemudahan institusi pendidikan seperti masjid, istana Khalifah,
perpustakaan dan pusat pengajian yang berperanan sebagai pusat
perkembangan ilmu.
FAKTOR KEMEROSOTAN KERAJAAN ABBASIAH
Campur tangan pegawai berbangsa parsi dan Turki dalam
pemerintahan.
Perebutan kuasa antara Khalifah seperti al-Muntasir dan al-
1. POLITIK
Muktaz, menyebabkan institusi Khalifah menjadi semakin lemah.
Perpecahan beberapa wilayah sehingga memberi peluang kepada
pembentukkan kerajaan kecil seperti Saljuk dan Buwaih
Kebajikan rakyat terabai akibat kelemahan pentadbiran Khalifah
2. SOSIAL Pemberontakan dalam kalangan puak Syiah dan Khawarij
sehingga mengganggu ketenteraman awam
106 | s y a b a s 1 8 1 @ g m a i l . c o m

